KOREK HIDUNG DAN TELINGA TIDAK BATAL PUASA? – USTAZ AZHAR IDRUS

| 10/07/2013 | 0 Comments

(Perkongsian Ramadan) Sempena hari baik, bulan baik ini jom kita kongsikan ilmu yang bermanfaat. Semoga ianya boleh dijadikan panduan bersama. Kali ini ammboi nak petik mengenai persoalan, Batalkah Puasa Korek Hidung dan Telinga? Rasanya ada yang masih keliru dengan isu ini. Apa kata kalau kita sama-sama tonton dan dengar penerangan dari Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkenaan hukum korek hidung dan telinga di bulan puasa.

Batalkah Puasa Korek Hidung & Telinga? – Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus

Berdasarkan penjelasan Ustaz Azhar Idrus, korek hidung dan telinga tidak batal puasa selagi tidak melebihi hadnya atau senang panggil rongga dalam (batil). Perbuatan mengorek telinga atau hidung dalam keadaan berpuasa perlu ditinjau sama ada sampai atau tidak perbuatan itu pada rongga dalam. Jika sampai ke rongga dalam, maka batal puasanya. Dan jika perbuatan mengorek itu tidak sampai ke rongga dalam, maka tidak batal puasanya. Namun ianya adalah makhruh. Lebih baik elakkanlah jika tiada keperluan. (admin-kalau salah sila tegur)

Jika anda ada info dan video menarik berkenaan bulan Ramadan jom share dan kongsikan menerusi ruangan komen dibawah atau anda boleh email ke amri0868@gmail.com. Terima kasih.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.