ANZALNA NASIR KOMEN ISU GAMBAR ‘PANAS’ DENGAN FASHA SANDHA

ANZALNA NASIR KOMEN ISU GAMBAR ‘PANAS’ DENGAN FASHA SANDHA

1 103
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Kecoh juga semalam dengan isu kontroversi gambar Fasha Sandha dan Anzalna Nasir yang menampakkan bentuk bahagian ‘bawahnya’. Gambar itu telah dimuat naik ke dalam akaun Instagram Fasha Sandha. Namun itu bukan disengajakan dan mereka mungkin terlepas pandang mengenai apa yang terlihat dalam gambar tersebut. Tapi tidak bagi sesetengah dari peminat mereka yang menghemburkan kata-kata kurang sopan pada ruangan komen gambar tersebut.

Namun bagi Anzalna, dia menjelaskan bahawa dia langsung tidak berniat mahu mengundang kontroversi melalui gambar tersebut. Dibawah ada penjelasan Anzalna yang ammboi petik dari gua.com.my.

anzalna nasir

“Sebenarnya, ketika gambar itu diambil, kami sedang menjalankan penggambaran drama bersiri ‘Tentang Hati’ di Port Dickson. Sewaktu gambar ini diambil, angin bertiup kencang. Saya ingin menjelaskan yang saya langsung tidak berniat mahu mengundang kontroversi melalui gambar tersebut.”

“Saya langsung tidak menjangkakan gambar yang dimuat naik oleh Fasha itu bakal mengundang komen-komen kurang sopan daripada segelintir peminat, terutamanya peminat lelaki. Saya rasa gambar itu tiada apa-apa isu pun, gambar itu cuma gambar biasa saya dan Fasha.”

“Sejujurnya, saya merasakan isu sebegini tidak perlu timbul. Nampaknya, semua perkara menjadi pertikaian sesetengah peminat. Selepas ini, saya perlu mengambil langkah berhati-hati. Saya akan periksa dahulu gambar saya atau atau individu lain yang bergambar dengan saya agar perkara ini tidak berulang lagi,” jelas Anzalna yang beranggapan hanya orang yang berfikiran cetek dan kotor sahaja yang melemparkan komen-komen negatif.