FASHA SANDHA ELAK TERLALU INTIM DENGAN AARON AZIZ

| 11/07/2013 | 0 Comments

Fasha Sandha dan Aaron Aziz digandingkan dalam drama Tentang Hati arahan Feroz Kadir yang turut dibintangi oleh Rusdi Ramli, Anzalna Nasir dan ramai lagi. Dalam drama berkenaan, Fasha dan Aaron berlakon menjadi pasangan suami isteri. Oleh itu, Fasha Sandha mengakui yang dia menjaga batas ketika berlakon bersama pasangannya, Aaron Aziz.

Perkara itu dijelaskan oleh Fasha dalam kenyataan kepada sebuah portal hiburan baru baru ini. Katanya, dia tidak kekok untuk lakonkan babak cinta tapi ada hadnya untuk babak intim. Kata Fasha lagi, dia tiada masalah bekerjasama dengan aktor itu memandangkan Aaron seorang pelakon yang sangat bagus. Malah, chemistry antara mereka juga senang untuk diwujudkan kerana masing-masing sudah buat homework berpandukan skrip yang telah diberi terlebih dahulu.

Jaga-Hati-Suami-Fasha-Sandha-Jaga-Batas-Bila-Berlakon-Dengan-Aaron-Aziz

“Kami tidak kekok ketika melakonkan babak cinta tapi ada hadnya lah untuk babak intim dan sebagainya kerana kami masing-masing pun sudah ada pasangan (berkahwin),” jelas Fasha Sandha. Ini bukan kali pertama saya berlakon dan bekerjasama dengan dia (Aaron Aziz), tapi ini adalah kali kedua selepas filem Evolusi KL Drift — cuma kali ini, kami bergandingan dan menjadi pasangan suami isteri”. Kata Fasha Sandha dipetik dari portal murai.com.my.


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.