QUEEN CONTROL? SEMUA ITU MENGARUT – ROZITA CHE WAN

| 11/07/2013 | 0 Comments

Baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta bersikap ‘queen control‘ terhadap kekasihnya Zain Saidin apabila dikatakan sering mengganggu dengan membuat panggilan telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika aktor itu berada di lokasi penggambaran. Kononnya juga dia merajuk jika Zain tidak membalas panggilan telefon dan SMS walaupun sedang sibuk dengan aktiviti lakonan.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar Online, Che Ta menyifatkan dakwaan berkenaan mengarut dan dia dan Zain tidak pernah mencampuradukkan soal peribadi dan kerjaya dalam hubungan cinta mereka. Tidak tahu bagaimana gosip itu boleh tersebar, justeru Che Ta enggan melayan perkara yang disifatkan sebagai remeh itu.

rozita che wan nafi queen control

“Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami. Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja,” ujarnya dipetik dari mStar online.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.