KISAH ‘CINTA’ AERIL ZAFRIL DAN WAWA ZAINAL?

KISAH ‘CINTA’ AERIL ZAFRIL DAN WAWA ZAINAL?

0 240
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Sebelum ini beliau dikaitkan bercinta dengan pelakon Ummi Nazeera, namun tiba-tiba timbul cerita lain pula. Ada gosip mengatakan pelakon lelaki Aeril Zafrel dikatakan sudah menjalin hubungan cinta secara senyap-senyap dengan Wawa Zainal sejak beberapa bulan lalu.

Menurut laporan sisipan BiPop Berita Harian, mereka mula rapat selepas bergandingan dalam sebuah filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) tahun lalu dan bijak menyimpan rahsia sehinggakan tiada siapa pun dapat menghidu hubungan mereka. Walaupun tiada pengesahan daripada mereka berdua, apa yang menguatkan kisah hubungan mereka adalah apabila Wawa meninggalkan keretanya kepada Aeril ketika pulang ke kampung di Lahad Datu, Sabah kerana menjalani rawatan tradisional.

aeril zafrel dan wawa zainal bercinta

Walaubagaimanapun kereta Wawa telah dicuri ketika di bawah jagaan Aeril dan aktor ini dikatakan bersedia untuk membayar ganti rugi.

Aeril dan Wawa sebelum ini pernah bekerjasama dalam filem “Budak Pailang” dan “99 Kali Rindu”.

p/s: Biarlah mereka nak bercinta, bujang sama bujang…