KLServer

SAYA MALU DENGAN FARID KAMIL – TIZ ZAQYAH

| 01/08/2013

Pelakon Tiz Zaqyah akui malu, berdebar dan janggal setiap kali berdepan dengan aktor Farid Kamil. Perasaan berkenaan hadir kerana bagi Tiz Zaqyah, Farid Kamil adalah seorang pelakon yang cukup dikaguminya dan dia sangat meminati gaya lakonan Farid Kamil. Oleh itu Tiz menyifatkan suami kepada pelakon Diana Danielle itu sebagai seorang bintang filem hebat.

gambar terkini tiz zaqyah

Untuk info Tiz Zaqyah dan Farid Kamil telah digandingkan bersama dalam drama adaptasi novel, Jodoh Itu Milik Kita. Selain Tiz dan Farid, drama itu turut dibintangi Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Ziela Jalil, dan Keith Foo. Menerusi drama ini, Tiz Zaqyah sekali lagi melakonkan bakal tampil dengan watak wanita bertudung.

tiz zaqyah dan farid kamil

“Awal-awal penggambaran tu saya rasa janggal. Saya jadi berdebar sebab lagipun ini pertama kali kami digandingkan bersama. Starstruck juga lah sebenar dengan dia. Nak, nak dalam drama ni kami sebagai pasangan suami isteri. Drama ni berat sebab saya banyak menangis. Banyak juga babak romantik. Jadi bila saya perlu manja-manja dengan Farid, saya malu. Tapi kami masing-masing anggap macam kawan-kawan dah lama-lama tu, saya mula selesa”, katanya yang dipetik dari laporan Malaysia Digests.

jodoh itu milik kita - tiz zaqyah dan farid kamil

Drama Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan konflik dalaman suami, Aariz Danial (Farid) yang terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir menggantikan tempat adiknya yang sepatutnya berkahwin dengan Dahlia (Tiz). Ia akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD. [Sumber info dan gambar: Malaysia Digests]


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.