ULASAN AIDIL MENGENAI ISU PENCERAIANNYA DENGAN RITA RUDAINI?

| 07/08/2013 | 0 Comments

Menjelang tibanya 1 Syawal, nampaknya isu penceraian aktres Rita Rudaini dan pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan menjadi tajuk utama dunia hiburan. Apatah lagi aktres berkenaan diceraikan dengan talak satu menerusi SMS. Menurut sumber berita, Aidil membuat keputusan berkenaan selepas dikatakan bengang berhubung artikel ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ disiarkan dalam sebuah ruangan akhbar.

Rita Rudaini telah meluahkan kekecewaannya menerusi Instagram (Baca Disini) dan ramai peminat berharap pelakon berkenaan tambah menerima segala ketentuan-NYA.

aidil zafuan enggan ulas isu cerai

Lain pula dengan Aidil, yang membuat tindakan bijak untuk tidak mahu isu cerai beliau berpanjangan. Menurut sumber berita, beliau enggan mengulas berhubung kisah cerainya itu kerana menghormati bulan Ramadan dan Syawal yang hampir tiba. Aidil atau nama sebenarnya, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak meminta semua pihak menunggu sahaja perbicaraan kesnya nanti untuk maklumat lanjut.

Untuk makluman anda, Aidil dan Rita Rudaini bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.