JADUAL (SIARAN LANGSUNG) PERLAWANAN PESTABOLA MERDEKA 2013

| 15/08/2013 | 1 Comment

Arena bola sepak di Malaysia bakal dihangatkan dengan kembalinya Pestabola Merdeka edisi ke-41 yang akan bermula 7 hingga 14 September 2013 depan di Kuantan, Pahang. Pestabola Merdeka 2013 bakal melibatkan empat negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar. Pahang akan menjadi tuan rumah perlawanan ini dimana perlawanan Pestabola Merdeka 2013 akan diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan dan juga Stadium Temerloh.

Untuk info, Malaysia pernah muncul juara sembilan kali sejak mula dianjurkan pada 1957, lapan kali naib juara dan dua kali berkongsi kejuaraan bersama Korea Selatan.

Malaysian-Football-Fans

Berkenaan siaran langsung Pestabola Merdeka 2013 ianya dijangka bakal disiarkan menerusi beberapa saluran tv di negara kita. Info awal yang ammboi terima, Astro Arena mendapat hak siaran penuh perlawanan berkenaan pada tahun ini. Segala info berkaitan akan ammboi update dari masa ke semasa.

Jadual perlawanan Pestabola Merdeka 2013 adalah sebagaimana dibawah:

JADUAL PERLAWANAN PESTABOLA MERDEKA 2013

7 September 2013:

Malaysia vs Singapura (5.30 ptg)

Thailand vs Myanmar (8.45mlm)

9 September 2013:

Thailand vs Singapura (5.30 ptg)

Malaysia vs Myanmar (8.45 mlm)

11 September 2013:

Malaysia vs Thailand (8.45 mlm)

Singapura vs Myanmar (Stadium Temerloh, 8.45 mlm)

14 September 2013:

Penentuan ketiga-keempat (5.30 ptg)

Perlawanan Akhir – Final (8.45 mlm)

(Kedua-dua perlawanan di Stadium Darul Makmur)

Nota Penting: Semua perlawanan diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang kecuali dalam kurungan atau dinyatakan diatas.


Tags: , , , , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.