MULA191014TAMAT190115
KLServer

GOSIP BERCINTA DENGAN NASHA AZIZ, APA KATA ZUL ARIFFIN?

| Aug 16, 2013

Orang kalau dah nampak lain benar mesranya, sudah tentu akan timbul pelbagai andaian atau gosip dan sebagainya. Oleh itu, kemesraan antara pelakon Zul Ariffin dengan aktres terkenal yang juga model jelita, Nasha Aziz di lokasi penggambaran telah menyebabkan orang sekeliling salah faham berkenaan hubungan antara dua pelakon itu. Kononnya jalinan percintaan mereka tercetus selepas kali pertama bergandingan dalam telemovie raya berjudul Kasih Bersulam Daun Palas yang ditayangkan baru-baru ini.

Seperti yang kita semua tahu, Zul Ariffin sebenarnya sedang bercinta dengan penerbit Tayangan Unggul Sdn. Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai. Gosip berkenaan sudah tentu akan memberi masalah kepada hubungannya dengan Gayatri. Oleh itu, Zul telah memberi penjelasan sebagaimana dibawah:

zul ariffin dan nasha aziz

“Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta (ketawa)? Saya akui kami berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telemovie Kasih Bersulam Daun Palas. Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi dalam telemovie yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada hubungan istimewa antara kami.

“Tidak salah kalau saya hendak bermesra dengannya bagi mencari keserasian, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang lebih serius. Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain. Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut.

“Secara jujurnya saya begitu menghormatinya sebagai artis yang lebih senior dan sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan. Selain itu, saya melihatnya sebagai seorang pelakon yang cukup profesional dan berbangga dapat bergandingan dengannya”, jelas Zul Ariffin dipetik dari portal Malaysia Digests.

Dalam pada itu Zul turut berkongsi hubungannya dengan Gayatri sekarang masih seperti biasa, malah kekasihnya itu ada datang beraya di kampungnya, di Perak baru-baru ini. Tetapi soal perkahwinan belum lagi diputuskan.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.