GAMBAR ‘MANIS’ SHILA AMZAH DAN JOHAN AS’ARI? TEMUI CINTA HATI BARU?

GAMBAR ‘MANIS’ SHILA AMZAH DAN JOHAN AS’ARI? TEMUI CINTA HATI BARU?

0 175
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Alamak, memang sepadanlah Shila Amzah dan Johan As’ari. Nampak secocok sangat. Itu antara komen peminat berkenaan foto-foto Shila Amzah bersama Johan As’ari yang dimuat naik Shila menerusi laman Instagramnya. Gambar itu adalah semasa Shila bertandang ke majlis rumah terbuka Johan As’ari pada hari Sabtu yang lepas.

Selain daripada itu, peminat-peminat Shila juga seakan merestui penyanyi ini sekiranya dia dan Johan bertemu jodoh. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak. Namun demikian, sebelum ini Johan pernah mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dan telahpun menyatakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada hujung tahun ini. Adakah benar Shila adalah orang yang Johan maksudkan? Sama-sama kita menantikan penjelasan dari Shila dan Johan selepas ini.

Apapun, jom layan foto-foto ‘manis’ Shila dan Johan di bawah:

shila amzah dan johan asari 1

Sumber: Intagram Shila Amzah