KLServer

ASHRAF MUSLIM NAFI ISTERI KEDUA, SAKINAH SUDAH HAMIL

| 03/09/2013

Lama jugak tidak dengar perkhabaran mengenai pelakon dan juga bekas pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim. Selepas isunya berkahwin dua di Selatan Thailand pada Julai lepas, cerita beliau terus senyap. Ok la tu, buat apa panjang-panjangkan cerita kan. Namun baru-baru ini ada pula khabar terbaru dari Ashraf. Menurut sumber berkenaan, isteri kedua Ashraf, Sakinah kini hamil anak pertama.

Namun, seperti biasa Ashraf telah menafikan khabar angin berkenaan. Katanya, dia dan isteri masih mencuba dan belum ada rezeki agaknya.

wan sakinah dan ashraf muslim bernikah

“Takdelah. Belum mengandung atau apa-apa. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti.” Kata Ashraf dipetik dari blog Rotikaya.

gambar nikah ashraf muslim dan wan sakinah

Tak apalah, teruskan mencuba. Tapi kalau benar sudah mengandung apa salahnya kan. Tentu ianya satu berita gembira untuk keluarga dan peminat Ashraf.


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.