KLServer

SEMINGGU DITAYANGKAN KL ZOMBI KUTIP RM2 JUTA

| 03/09/2013

Kos pembikinan cuma sebanyak RM1.3 juta, kini KL Zombi sudah mampu menarik nafas lega kerana sudah mencatatkan kutipan kasar lebih RM2 juta selepas seminggu ditayangkan di pawagam. Perkara itu disahkan sendiri pelokon utamanya, Zizan Raja lawak menerusi laman Twitternya.

poster kl zombi 2013

“Alhamdulillah, filem #KLZombi mencecah RM2juta selepas empat hari tayangan di panggung. Terima kasih dan teruskan sokongan anda,” katanya.

KL Zombi mengetengahkan kisah hantu serta diselitkan dengan pelbagai genre seperti komedi dan aksi, formula tersebut berjaya menarik penonton untuk ke pawagam menyaksikan KL Zombi. Ianya diarahkan oleh Woo Ming Jin dan mula ditayangkan Khamis lalu.

Filem KL Zombi menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani juga dilaporkan berjaya menduduki tangga ketiga carta filem paling laris di Golden Screen Cinemas.


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.