KLServer

KOMEN SHILA AMZAH MENGENAI JOHAN AS’ARI – ‘SERAH JODOH PADA ALLAH’

| 04/09/2013

Semenjak putus cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Shila Amzah kini mulai memiliki ramai kawan lelaki. Oleh itu, Shila berkata, Johan As’ari bukan seorang sahaja lelaki yang rapat dengan dirinya sekarang ini. Jelas Shila, semasa bercinta dulu dia tidak sedar orang di sekeliling. Sekarang baru dia sedar dan mulai rapat kembali dengan teman-teman dan keluarga. Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai gosip hubungan cintanya dengan pelakon, Johan As’ari.

shila amzah dipinggirkan kerana bertudung

Mengulas mengenai Johan, ungkap Shila, dia dan pemuda itu sekadar teman rapat memandangkan mereka juga dalam lapangan seni yang sama. Apa yang menjadikan mereka lebih rapat kerana kedua-dua keluarga mengenali antara satu sama lain. Katanya lagi, ibu mereka juga berkawan baik dan sering berjumpa di majlis-majlis hiburan.

Disoal sejauh mana hubungan rapatnya dengan Johan, kata Shila, dia tidak terlalu mengenali Johan dan tidak tahu sikap sebenar pelakon yang terkenal dengan panggilan Botak itu. Begitupun, Shila akui, sering menerima khabar baik mengenai Johan melalui teman-temannya. Ujarnya, ada dalam kalangan rakan-rakannya yang memberitahu, Johan seorang yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.

Meletakkan sasaran tiga tahun lagi untuk berkahwin, bagaimanapun Shila tidak menolak andai jodohnya ditakdirkan cepat. Kata Shila, sehingga kini dia masih solo dan belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin atau terikat dengan sesiapa pun.

“Saya serahkan jodoh kepada Allah. Jika ada sesiapa dalam kalangan teman-teman rapat saya yang masuk meminang dan ibu bapa saya merestuinya, saya menerimanya,” dedah Shila yang kini dilihat lebih bersikap terbuka dalam melontarkan kata-katanya.

Jodoh Rahsia Allah – Shila Amzah

shila amzah dan johan asari 1

“Jodoh itu rahsia ALLAH, sama-sama doakan yang terbaik untuk saya. Lagipun, saya bukan pencuri hati. Kalau milik orang lain saya tak nak usik dan dekat. Sama ada Johan atau naib Johan atau tempat ketiga, siapa pun jodoh saya,saya terima dengan seikhlas hati saya.. tapi bukan sekarang, fokus saya kerja dulu,” katanya yang mengeluarkan kenyataan ini menerusi laman Twitter miliknya.

Shila Amzah juga menegaskan dia kini terlalu sibuk dengan nyanyian sehingga membuatkan dirinya tidak mempunyai sebarang keinginan untuk memiliki kekasih hati ketika ini. Dia juga bersyukur dengan penubuhan syarikatnya, Shila Entertainment Berhad.

“Dalam usia saya yang sudah mencecah 23 tahun ini, saya harus kerja keras untuk mencapai cita-cita. Saya bersyukur dengan penubuhan syarikat saya, Shila Entertainment Berhad pada usia saya yang baru mencecah 23 tahun. Kalau boleh, saya mahu kejar cita-cita menjadi seperti mana yang Datuk Siti Nurhaliza ada sekarang.”

Sumber: Kosmo dan Sinar Harian


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.