MAHKAMAH SAHKAN RITA RUDAINI DAN AIDIL BERCERAI TALAK SATU

| 06/09/2013 | 0 Comments

Akhirnya konflik rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar dengan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak berakhir semalam selepas Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat pemain bola sepak itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos 2013 lalu. Hakim Syarie Hamizan Mohd. Nor membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati dengan keterangan pasangan berkenaan berhubung lafaz cerai yang dibuat Mohd. Aidil Zafuan melalui SMS.

Rita Rudaini Sah Bercerai 2

Dalam prosiding itu, Mohd. Aidil Zafuan, 26, memberitahu mahkamah dia menghantar SMS tersebut kepada Rita Rudaini, 37, antara pukul 4 hingga pukul 5 petang pada 4 Ogos lalu. Katanya, dia menghantar SMS tersebut dalam keadaan sedar dan waras tanpa dipengaruhi sesiapa.

Selain itu, Rita Rudaini juga ada yang memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram menunjukkan kehadirannya ke mahkamah telah ditemani oleh rakan-rakan yang banyak menyokongnya sepanjang prosiding ini berlangsung. Nampak Rita tenang sahaja dan diharapkan penceraian ini tidak menjejaskan anak-anak mereka.

Untuk pengetahuan, Aidil dan Rita bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1 tahun.

Jom lihat beberapa foto lagi yang dimuat naik Rita Rudaini dibawah:

Sumber Gambar: Instagram Rita Rudaini


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.