KLServer

FIZO OMAR BAKAL BERTUNANG DENGAN MAWAR, ANAK PENGASAS TUDUNG FAREEDA?

| 17/09/2013

Wah, tahniah ammboi ucapkan kepada pelakon dan pengacara yang sedang meningkat naik, Fizo Omar yang bakal mengikat tali pertunangan pada Oktober ini. Berdasarkan sumber berita, Fizo dilaporkan telah memilih Mawar Abdul Karim, seorang model tudung jenama terkenal tanah air, Fareeda.

Bagi mengesahkan khabar angin itu, ibu Mawar yang juga pengasas tudung Fareeda, Faridah Zakaria menyatakan anaknya itu telah dirisik keluarga Fizo pada 28 Ogos 2013 lalu. Bagaimanapun buat masa ini beliau masih enggan mengumumkan tarikh pertunangan berkenaan.

fizo omar dan mawar fareeda

“Memang benar anak saya Mawar bakal mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fizo Omar pada awal Oktober ini. Bagaimanapun buat masa ini saya masih belum boleh mengumumkan tarikh pertunangan itu,” katanya dipetik Sinar Harian Online.


Tags: , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Akhirnya terurai juga alkisahnya, Apa-apapun diucapkan all the best.