TASHA SHILA KECEWA DAN NAFI CERITA DITANGKAP KHALWAT BERSAMA MAHALI JASULI

TASHA SHILA KECEWA DAN NAFI CERITA DITANGKAP KHALWAT BERSAMA MAHALI JASULI

0 304
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Tiba-tiba kecoh dengan isu pelakon ditangkap khalwat bersama pemain bola sepak Selangor dan kebangsaan. Mereka adalah Tasha Shila dan Mahali Jasuli yang kini sedang digosipkan bercinta. Bagaimanapun cerita mengenai kes khalwat berkenaan ternyata tidak benar dan Tasha Shila kecewa dengan tuduhan berkenaan.

Tasha Shila, 26, berkata menerusi laporan mStar Online, perkara tersebut adalah tidak benar dan sangat memalukan dirinya dan keluarga.

tasha shila dan mahali jasuli

“Saya sedih dan kecewa bila orang mengaitkan saya dengan isu pemain bola sepak yang ditangkap khalwat hanya kerana saya berkawan dengan Mahali Jasuli. Ketika mendengar tentang khabar angin itu saya sangat terkejut dan nasib baik ibu bapa saya tahu saya berada dimana ketika itu dan faham dengan situasi tersebut,” katanya.

Tambah Tasha, dia tidak mahu dikaitkan dengan apa-apa kontroversi termasuk prestasi pemain bola sepak Harimau Malaya itu yang dikatakan semakin merudum sejak bercinta dengannya.

mahali jasuli dan tasha shila

“Dari awal lagi saya dah nyatakan yang saya hanya berkawan dengan Mahali. Saya sokong dia sebagai kawan, bukan teman istimewa. Kenapa mahu libatkan saya kalau dia tak beraksi cemerlang? Kenapa bila dia tunjukkan prestasi cemerlang, tidak pula orang sebut nama saya, itu kena tanyalah pada jurulatih dia, Rajagobal,” katanya.

Tambah Tasha, dia kini lebih selesa menganggap hubungannya dengan pemain bola sepak itu sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu.