VIDEO YOUTUBE RAKAMAN CCTV PENGAWAL KESELAMATAN TEMBAK MATI PEGAWAI BANK

VIDEO YOUTUBE RAKAMAN CCTV PENGAWAL KESELAMATAN TEMBAK MATI PEGAWAI BANK

1 182

Alfatihah untuk arwah. Terkejut ammboi dengan berita ini. Tidak sangka ada yang sanggup bertindak sedemikian. Memetik sumber berita, seorang pegawai bank telah ditembak mati oleh pengawal keselamatan ketika beliau sedang menjalankan tugas dalam bilik kebal. Mangsa dilaporkan bernama Norazita Abu Talib yang merupakan pegawai operasi Ambank. Rakaman kejadian berkenaan telah dimuat naik di laman Youtube.

Memetik laporan mStar Online, rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan babak sebelum Norazita Abu Talib, pegawai operasi Ambank, ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan telah dimuat naik di laman YouTube. Rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan keadaan ruang pejabat dengan pintu bilik kebal terbuka, di mana mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilihat berdiri bersebelahan seorang lagi rakan sekerjanya yang memakai baju berwarna putih. Kedua-dua mereka dilihat membelakangi kamera dan berada di dengan pintu bilik kebal.

rakaman cctv pengawal keselamatan tembak pegawai bank ambank

Pada rakaman durasi 0:03 saat, kelibat Norazita tiba-tiba jatuh ke lantai dan rakan sekerjanya dilihat menutup muka dan telinga daripada bunyi tembakan. Difahamkan mangsa ditembak di muka dengan jarak kurang dari 5 meter. Suspek kemudiannya dilihat berlari ke arah mereka yang selamat dan mengheret seorang rakan sekerja mangsa daripada bilik berkenaan. Dia kemudiannya berjalan ke arah mayat Norazita dan terus mengambil wang yang dari bilik kebal bank berkenaan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg.

Rakaman CCTV bertukar gelap selama beberapa saat dan kembali berfungsi dengan memaparkan aksi seorang lelaki memasukkan wang ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri. Daripada rakaman video tersebut, lelaki berkenaan dilihat sangat fokus dan tenang dalam insiden rompakan tersebut.

Video Pengawal Keselamatan Tembak Pegawai Bank

SKMM – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan gambar dan rakaman CCTV pembunuhan kejam seorang pegawai bank atau gambar-gambar mangsa di mana-mana media sosial seperti Facebook dan Whatsapp . Jika anda telah berbuat demikian sila padamkan post tersebut. Ini adalah untuk menghormati mangsa dan keluarga beliau. Ia mungkin juga mengakibatkan gangguan emosi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak. Kami telah pun meminta kerjasama YouTube untuk mengeluarkan video berkenaan dengan seberapa segera. Untuk makluman, penyebaran gambar dan video sebegini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, denda yang dikenakan tidak melebihi RM50,000 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Video sudah remove – - LINK