MULA191014TAMAT190115
KLServer

PEKELILING PENAMBAHBAIKAN 81 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DIKELUARKAN BULAN DEPAN – KSN

| Oct 28, 2013

Isu mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014 nampaknya menjadi tanda tanya kepada semua penjawat awam. Ramai yang komen mereka tidak jelas dengan apa yang diumumkan.

Bagaimanapun menerusi laporan berita hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan (November) untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan. Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.

tan sri ali hamsa - ksn

“Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua. Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua setiausaha negara,” katanya dipetik laporan Bernama dan beliau berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan mempertimbang dengan baik perubahan skim masing-masing, yang dilaksanakan daripada pelbagai peringkat mulai depan depan.


Tags: , , , , , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Comments (24)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mael kota says:

    TERKINI : 81 skim yang terlibat adalah…
    1.Pembantu Kawalan Trafik Udara
    2.Pemandu Lokomotif Sabah
    3.Pereka
    4.Pegawai Kebudayaan
    5.Ahli Fotografi
    6.Jurusolek
    7.Pegawai Galian
    8.Pegawai Kimia Bumi
    9.Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
    10.Penolong Pegawai Galian
    11.Penolong Pegawai Kimia Bumi
    12.Pembantu Galian
    13.Pembantu Kaji Bumi
    14.Pegawai Makmal Filem
    15.Penolong Pegawai Makmal Filem
    16.Pembantu Makmal Filem
    17.Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
    18.Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
    19.Pensyarah Perubatan
    20.Pensyarah Pergigian
    21.Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
    23.Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
    24.Pegawai Latihan Vokasional
    25.Pengajar Kraf
    26.Pembantu Pertanian
    27.Pembantu Veterinar
    28.Renjer Hutan
    29.Pengajar Membalak
    30.Pengawas Hutan
    Pembantu Hidupan Liar
    Pembantu Hidupan Liar Rendah
    Tukang K1
    Tukang K2
    Tukang K3
    Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
    Operator Loji
    Pekerja Awam Khas
    Pekerja Awam
    Penyelamat
    Pelukis Pelan
    Juruteknik Landskap
    Juruteknik
    Juruteknik Ukur
    Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
    Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
    Penguasa Bekalan Air
    MerinyuTali Air
    Pegawai Perhubungan Preman
    Penyelia Jeti
    Penghantar Notis
    Pembantu Kamera/Pemandu
    Pemandu Kenderaan
    Pembantu Am Pejabat
    Pengurus Stesen
    Penyelia Jurupakaian
    Peniup Kaca
    Pegawai Khidmat Pelanggan
    Pengawas Pemulihan
    Pegawai Penerbitan
    Penolong Pegawai Penerbitan
    Pembantu Penerbitan
    Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
    Penolong Operator Kamera
    Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
    Pembantu Penyelidik Sosial
    Pengurus Asrama
    Penolong Pengurus Asrama
    Penyelia Asrama
    Penolong Pegawai Tadbir Tanah
    Pembantu Tadbir Tanah
    Pegawai Pemeriksa Paten
    Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
    Pembantu Pemuliharaan
    Jurulatih Kawad
    Pembantu Wartawan/Wartawan
    Atendan Kesihatan
    Penolong Pegawai Penaksir
    Pegawai Aktuari
    Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
    Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

    • mael lambong says:

      skim bro tuh jawatan .. apoler …

    • Pembantu Tadbir N17 says:

      Kenapa pembantu tadbir n17 tertinggal mcm saya. kerja kami dekat pejabat tu sekarang dh melambak2. ada2 sahaja kerja yang datang suruh di Online. ditmbh lagi dengan tugas2 yang datang dr pihak atasan. Tapi bila ada penambahbaikan mcm ni selalu je tertinggal. Kadang2 sampai tidak ada masa nak rehat dibebani keja n tugas di pejabat. macam x adil je. kenapa jk ada apa skim yg ditambah ada sahaja PPPLD n PPLS yg masuk. Kadang2 pun kami juga menjalankan n menolong keja mereka di sekolah. Tulang belakang. Kenapa kami tidak dimasukan sama. Tolonglah……………….

    • NIK ROSNANI BT NIK ZAUDIN says:

      Kami pula dari pihak pembantu makmal,kerja kami lagilah bergelumang dengan bahan2 yang bahaya gas beracun ,merengsa dan kalau saya dulu nak kredit mata pelajaran sains dan matematik kalau dan semua naik tak kan kami yang berkhidmat dekat makmal tidak naik. kalau macam ni berilah keadilan kapada semua.

    • siti hawa says:

      kenapa Pembantu Tadbir tak ada?

    • abdul rashid abd aziz says:

      apa yang ditambahbaik

    • marcel says:

      Mohonlah diwujudkan semula bayaran elaun tuntutan kerja lebih masa kepada pembantu tadbir N17 yang mempunyai kepentingan bebanan tugas bekerja di luar waktu pejabat, malam cuti umum dan hari kelepasan am! Kami hanya diberi cuti gantian sahaja. Sekurang2nya dgn dibayar elaun tuntutan kerja lebih masa dptlah meringankan bebanan kami yg terpaksa berulang alik 2x sehari untuk bertugas (siang-waktu pejabat dan pada sebelah mlm). Tambahan pula kos perjalanan kn dh semakin meningkat! Perihatinlah dengan masalah kami ini….

  2. ANW says:

    ALHAMDULILLAH.REZEKI DI BERI ALLAH.

  3. perakman says:

    mael lambong yang dicakap oleh mael kota itu lah jenis skim perkhidmatan.dan kita ada 243 skim perkhidmatan dalam kerajaan persekutuan.

    jadi drpd 81 syukur jawatan pembantu am pejabat mcm saya terpilih.

  4. ANW says:

    Alhamdulillah,pembantu perawatan kesihatan(atandan kesihatan)termasuk dlm senarai 81 skim,aminnnn.

  5. Pembantu Tadbir N17 says:

    KENAPALA PEMBANTU TADBIR N17 SELALU TERTINGGAL….

  6. Begegel says:

    Biarkan kerajaan membuat penambahbaikan satu persatu. Sabar, semua jawatan tidak akan diabaikan. Dulu masa SBPA dibuat, besar kenaikan gaji penjawat awam untuk jangka masa panjang. bila dibantah, terus batal. sekarang ggit jari kenaikan tahunan sikit.

  7. libra80 says:

    kenapa kerajaan tidak adil dengan jawatan Pem. Tadbir (P/O) N17 sedangkan kami ini adalah tulang belakang setiap penambah baikan dalam kerajaan siapa yang susah2 proses semua tu.. PT(P/O) juga yang terbeban tapi kerajaan tak pernah perihatin dengan beban tugas PT…..

  8. eyza says:

    Asalamulaikum..Dato Sri Najib Tun Hj Abd Razak… tolongle pandang pada jawatan kami Gred2 N17 dan sealiran ,C17 dan sealiran,W17dan sealiran..biarlah semuanya selaras..sama dapat.. kenapa hanya jawatan-jawatan yang terpilih sahaja..biarlah adil dan saksama…janganlah pinggirkan kami…tolongle prihatin sama ..pada kami

  9. Mohd Nasha Alias says:

    Kenapa skim KP IPTA dianaktirikan sehingga terbelakang jauh berbanding skim lain. Tiada sesiapa yang sudi pandang kami sedangkan kami dibebankan dengan tugas dan tanggungjawab besar. Bila berlaku sahaja kes atau isu di kampus, kami dipertanggungjawabkan tetapi kebajikan kami tidak dihiraukan. Bukan sahaja Gred KP 11 yang tertinggal, tetapi Ketua Pegawai Keselamatan/Pengarah Keselamatan berada di tangga gred yang amat rendah dan memalukan.Tolong lah kami, kumpulan kami di IPTA seramai 4,000 orang dengan majoriti KP11/14 sahaja.

  10. nurulnadia says:

    pegawai khidmat pelanggan ada dalam senarai dijumudkan perjawatan ke…..senang dan luas ckit skop kerja…ni kami jadi katak bawah tempurung….kalau customer mai nak serang kami kena dulu…

  11. rusainmusa says:

    pembantu makmal macam mana???

  12. jo says:

    Kenapa kami skim KP di IPTA diketepikan. Kenapa tiada keadilan untuk kami. Tolonglah pandang dan dengar rintihan kami. Kami rasa terpinggir dan terasing sejak daripada dahulu lagi, orang lain dapat makan isi tapi kami dapat makan habuk. Biarlah selaras, sama-sama dapat merasa. Berilah kami dalam Gred KP 11/14 yang lebih 30 tahun ini dapat juga merasa sekurang-kurangnya gred KP 17. Berilah juga peluang sama kepada pegawai kami, KP 41/44/48/52/54 lebih banyak peluang kenaikan pangkat kerana kumpulan pegawai kami juga tidak ada peluang meningkatkan gred jawatan mereka. Tolonglah kami, kenapa bermula dari serendah-rendah hingga ke peringkat pegawai kami tidak dipedulikan. Kenapa hanya jawatan terpilih sahaja?

  13. Pengawal Keselamatan Veteran says:

    Pengawal Keselamatan IPTA dipandang rendah kerana tidak skim KP ditinggalkan dan tidak dinaik taraf. Dahulu gred dan gaji kami setara dengan Bomba atau Penjara, kini kami jauh ketinggalan. CEUPACS dan JPA kenalah adil kepada kami, jangan terus-terusan pinggirkan kami.Tahniah Dato Omar kerana kencingkan kami. Pegawai kami bagi tahu, dalam bengkel penyediaan kertas kerja kepada JPA yang Dato Omar hadir sama di UPM tahun 2012, Dato Omar berjanji semua peringkat gred skim KP pasti akan ditingkatkan ke tahap yang terbaik. Kenapa hanya pandai janji sahaja? Timbul pula cerita cadangan untuk hapuskan skim KP IPTA diganti pula dengan Polis Kampus yang skimnya belum wujud lagi skim tersebut. Nampaknya meloponglah lagi KP IPTA.