WAJAH SEIRAS? – FIZZ FAIRUZ DAN ALMY NADIA JELAS STATUS ANAK ANGKAT

WAJAH SEIRAS? – FIZZ FAIRUZ DAN ALMY NADIA JELAS STATUS ANAK ANGKAT

1 1653
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Alahai, rasanya belum habis lagi kesedihan yang melanda pelakon Almy Nadia. Baru nak mengecapi kebahagiaan semula dengan ‘bekas kekasih’, Fizz Fairuz sudah ada mulut jahat yang melemparkan pelbagai tuduhan kepadanya. Terbaru, ada gosip mengatakan keputusan Fizz mahu berkahwin semula dengan Almy kerana mereka sudah mempunyai cahaya mata?

fizz fairuz dan nur afrina

Memetik laporan Kosmo!, cahaya mata yang dimaksudkan itu ialah anak angkat Almy iaitu Nur Afrina Darwisya, 4. Ini kerana ada yang mendakwa, wajah kanak-kanak perempuan itu juga persis muka Fizz. Oleh itu, bagi mengelakkan kekeliruan dan tersebarnya pelbagai tohmahan negatif, akhbar berkenaan telah mendapatkan penjelasan dari Fizz Fairuz dan Almy Nadia sendiri berhubung isu tersebut.

Ikuti perbualan penuh antara wartawan berkenaan bersama Fizz Fairuz dan Almy Nadia dibawah:

WARTAWAN: Ada yang mendakwa bahawa anak angkat Almy iaitu Nur Afrina Darwisya merupakan anak sebenar kalian. Benarkah?

FIZZ: (Terkejut). Nur Afrina itu memang anak angkat Almy. Dia tiada kena-mengena dengan saya. Bagaimanapun, ketika hendak mengambil anak angkat dulu, Almy pernah memberitahu saya. Namun, segala proses pengambilan semuanya diuruskan oleh Almy. Budak itu juga diambil Almy sejak bayi lagi.

ALMY: Saya rasa sangat kelakar. Kalau betul apa yang didakwa, pergilah selidik semua hospital ada atau tidak nama Almy melahirkan anak. Tolong jangan ragui status anak angkat saya. Saya ambil dia (sebagai anak angkat) sejak 27 April 2010.

WARTAWAN: Ada yang mendakwa Almy pernah menghilangkan diri selama setahun lebih kerana mengandung? Sila komen.

ALMY: Sebenarnya saya tidak hilangkan diri. Ketika itu saya masih berlakon, cuma mungkin orang tidak perasan sebab saya hanya muncul untuk RTM sahaja. Ketika itu juga saya akui berat badan naik tetapi bukan disebabkan mengandung.

WARTAWAN: Adakah Almy terkejut dengan dakwaan tersebut?

ALMY: Saya tidak terkejut. Saya sudah bersedia sejak awal lagi dengan dakwaan seperti ini. Sebelum ini lagi ramai yang pernah meragui status anak tersebut. Malah, ramai juga yang beritahu muka Nur Afrina lebih kurang sama dengan Fizz apabila saya memuat naik gambarnya di laman sosial Instagram.

WARTAWAN: Bagaimanakah hubungan Fizz dan Nur Afrina?

FIZZ: Hubungan saya dengan dia (Nur Afrina) baik. Dia juga panggil saya papa dan hadir ke sambutan hari jadi saya pada 22 Oktober lalu. Kami mulai rapat sejak tiga bulan lalu.

ALMY: Mereka menyanyangi antara satu sama lain. Malah, Nur Afrina sendiri sudah menganggap Fizz bapanya dan memanggil dia papa.

WARTAWAN: Apakah yang dimaksudkan oleh Fizz bahawa Nur Afrina menganggap anda sebagai bapanya?

FIZZ Sebelum ini dia tidak mempunyai bapa. Tiba-tiba dapat kasih sayang seorang bapa. Itu yang dia seronok dan anggap Fizz sebagai bapanya.

WARTAWAN: Apakah perkembangan terbaharu majlis perkahwinan kalian? Sudah ada tarikh?

FIZZ: Buat masa ini belum ada sebarang tarikh kahwin. Namun, saya akan merisik Almy pada minggu depan dengan membawa sebentuk cincin.

ALMY: Saya tetap tidak mahu memberi sebarang kenyataan selagi majlis belum berlangsung. Bila sudah selesai, Fizz sendiri akan memberitahu perkara selanjutnya. Biar dia sahaja yang bersuara.

WARTAWAN: Sudah buat sebarang persiapan perkahwinan?

FIZZ: Saya menyerahkan semuanya kepada keluarga. Mereka yang menguruskan perkahwinan kami.

WARTAWAN: Apakah perasaan Fizz apabila hubungan kalian akan berakhir di jinjang pelamin?

FIZZ: Ada orang cakap yang saya ini sudah ludah jilat balik. Bagi saya, tutup buku lama dan buka buku baharu. Kita hanya merancang dan ia juga bergantung pada jodoh.

WARTAWAN: Kenapakah hanya anda sahaja yang memberi kenyataan tetapi Almy pula menutup mulut?

FIZZ: Saya sendiri yang beritahu dia jangan buka mulut sebab takut bercanggah kenyataan pula.

Itulah antara petikan penjelasan dari Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Rasanya kalau tiada bukti yang kukuh janganlah memandai-mandai buat cerita. Sudah tentu dikalangan kita tahu hukumnya apabila menuduh seseorang wanita itu berzina.