KLServer

HANEZ SURAYA NAFI BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK HIDUNG

| 11/11/2013

Tidak dinafikan ramai peminat yang meluat dan geram dengan pelakon Hanez Suraya. Ini kerana watak yang dipegangnya dalam drama popular, I Love You Mr.Arrogant, begitu menjadi dan membuatkan dirinya dibenci peminat gara-gara watak antogonis yang dibawanya itu.

Selain itu, Hanez Suraya turut dikaitkan dengan satu lagi khabar angin dimana dia dikatakan melakukan pembedahan plastik terhadap hidungnya bagi kelihatan lebih cantik. Bagaimanapun menerusi laporan mStar Online, Hanez Suraya menafikan khabar angin berkenaan. Hanez, 29, berkata, dia percaya ada pihak yang menyebarkan berita tersebut dan cuba menjatuhkan reputasinya dalam industri seni.

hanez suraya nafi bedah hidung

“Cerita ini tidak benar, saya ke Bali baru-baru ini adalah untuk bercuti dan bukan kerana melakukan pembedahan hidung. Saya tahu ada individu yang sebarkan berita palsu ini dan cuba memburukkan nama saya dalam industri,” katanya dalam laporan tersebut.

Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik keatas hidungnya di sebuah pusat kecantikan di Bali, Indonesia.


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.