KENYATAAN MEDIA PBNJ – NOR FARHAN TIDAK JADI SERTAI JDT, TMJ SOKONG KHAIRY

| 13/11/2013 | 0 Comments

Nampaknya pemain tengah Kelantan Mohd Nor Farhan Muhammad sah u-turn, membatalkan hasrat untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk Liga Malaysia 2014. Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) melalui satu kenyataan media hari ini.

norfarhan kelantan

Menurut kenyataan itu, Nor Farhan membatalkan hasrat menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) atas sebab-sebab peribadi dan juga keluarga. Farhan pada awalnya merupakan antara barisan pemain yang telah menandatangani perjanjian untuk bermain bersama pasukan JDT. Oleh kerana polisi PBNJ yang hanya fokus kepada para pemain yang benar-benar ingin berbakti kepada pasukan merah biru; dengan ini, PBNJ ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Nor Farhan dengan pasukan pilihannya.

Dalam kenyataan yang sama PBNJ membidas kenyataan bekas pengurus Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim bahawa pemain itu wajar berhijrah ke kelab luar negara sekiranya sayangkan kariernya sebagai pemain bola sepak. PBNJ mendakwa kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu itu seolah-olah Zakaria tidak suka Safee beraksi bersama pasukan JDT.

Sementara itu, presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyokong kritikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Tunku Ismail berkata, Khairy layak menyuarakan pendapat kerana selaku Menteri Belia dan Sukan beliau telah diberi mandat oleh kerajaan untuk mentadbir hala tuju sukan negara ini termasuk sukan bola sepak.

Kenyataan media penuh PBNJ adalah sebagaimana dibawah:

kenyataan media pbnj 12 november 2013

Sumber Kenyataan: Facebook Page Johor Southern Tigers


Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.