CERITA SEBENAR ‘MENGENAI MISTERI KEHILANGAN 23 REMAJA DI VILLA NABILA’?

| 18/11/2013 | 0 Comments

Kecoh juga dengan cerita kehilangan 23 remaja di Villa Nabila. Ammboi pun pening dengan cerita atau info yang disebarkan. Nak kesana jauh sangat. Itu yang mengharapkan info dari pembaca dan juga sosial media yang ada. Dalam akhbar dan berita tv pun belum ada lagi maklumat mengenai info ini.

Sebenarnya ammboi pun hilang punca bagaimana untuk mengetahui fakta sebenar berkenaan ada yang berlaku. Belek akhbar tu belum ada lagi, tanya orang pun katanya langsung tak tahu apa cerita, dia pula yang tanya ammboi. Kenalah cerita pada beliau (tapi maklumkan dari awal info belum sahih).

Nekad untuk cari maklumat akhirnya ammboi terfikir mengenai blog seorang wartawan popular. Adakah beliau ada jawapan untuk cerita misteri ini. Terus ammboi buka blog http://www.mazidulakmal.com dan ternyata berbaloi. Pada jam 11.20 pagi tadi, Mazidul ada update post terkininya mengenai Cerita Sebenar Dakwaan Kehilangan 23 Individu Di Villa Nabila.

Menurut Mazidul, beliau telah mendapatkan maklumat dari seorang wartawan dan juga blogger yang berada di Johor Bahru, iaitu Zulhazri Abu Bakar. Menurut Zulhazri, hanya seorang sahaja dilaporkan hilang. Beliau adalah Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun. Kehilangan remaja berkenaan dilaporkan ibunya kepada pihak Polis pagi tadi (hari ini kot). Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

izzat izzudin budak hilang dalam villa nabila
“Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan. Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di atara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi. Saya kemudian menghubungi Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh, beliau menafikan berita kehilangan 23 individu itu,” jelas Zulhazri.
Oh, begitu rupanya kisah sebenar. Bermakna, Izzat hilang bersama 30 rakan yang begitu misteri. Siapa agaknya rakan yang membawa Izzat kerumah berkenaan? Ia pasti menjadi tanda tanya banyak pihak. Jadi ammboi pasti, ini adalah versi cerita paling sahih mengenai kehilangan remaja di Villa Nabila. Ammboi juga mohon maaf sekiranya ada kekeliruan dalam post sebelum ini – – – Misteri Kehilangan 23 Remaja Di Villa Nabila November 2013 | Mohon sebarkan untuk makluman semua. Diharapkan remaja berkenaan juga segera dijumpai dengan selamat..

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.