DATUK SITI NURHALIZA TERINGIN TAJA PASUKAN PAHANG?

| 19/11/2013 | 0 Comments

Baru-baru ini nama Datuk Siti Nurhaliza sedikit tercalar gara-gara komennya menerusi laman Twitter yang menegur Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ). Ramai yang berpendapat Datuk Siti tidak wajar mencampuri urusan KJ dengan FAM. Jadi seharusnya beliau fokus pada bidang hiburan dan elak dari kontroversi lain yang diluar bidangnya.

Namun bagi Datuk Siti, tegurannya itu berbentuk pendapat peribadinya sebagai rakyat biasa. Beliau juga tidak berniat mencampuri urusan menteri itu cuma menegur KJ mengenai caranya membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir. (Baca artikel berkenaan disini – – – PENJELASAN DATUK SITI NURHALIZA ISU ‘TEGUR’ KHAIRY JAMALUDDIN) Namun rasanya itu tak perlu dipanjangkan kerana masing-masing samada Datuk Siti dan KJ kedua-duanya mengambil sikap tidak memanjangkan isu tersebut.

Terbaru, menerusi ruang hiburan sebuah akhbar, Datuk Siti ada mengeluarkan kenyataan mahu ‘menaja‘ pasukan negeri kelahirannya, Pahang. Datuk Siti tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti nama jenama produk kosmetik Simply Siti miliknya bakal tertera pada jersi pasukan Pahang. Sebagai anak jati Pahang, Datuk Siti memang minat untuk menjadikan itu sebagai kenyataan. Selain itu, penyanyi nombor satu negara itu juga tidak mahu ketinggalan berkongsi rasa bangganya untuk melihat kemenangan bersejarah itu.

datuk siti nurhaliza simplysiti

“Memang teringin juga untuk melihat perkara itu terjadi. Bila suatu hari nanti Simply Siti sudah kukuh sebagai sebuah empayar perniagaan, saya akan lakukanya. Saya berharap agar mereka di luar sana akan terus menyokong perniagaan Siti, mungkin ini juga adalah impian mana-mana penyokong iaitu untuk kembali membantu negeri mereka,” katanya.

p/s: Wah, makin mantaplah pasukan Pahang ni kalau Datuk Siti turut jadi sponsor. Begitu juga dengan ahli perniagaan dan jutawan-jutawan lain, bila lagi mahu berbakti kepada pasukan negeri kelahiran anda kan…


Tags: , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.