POLIS BANTUAN TEMBAK ADIK BEKAS KEKASIH, ‘HILANG AKAL’ DIHALANG BERJUMPA DAN PINANGAN DITOLAK?

| 19/11/2013 | 0 Comments

Berang gara-gara tidak berpuas hati pinangannya ditolak, dan hasratnya untuk berjumpa ‘kekasih’ dihalang keluarga wanita berkenaan, seorang lelaki dilaporkan bertugas sebagai anggota polis bantuan bertindak melepaskan enam das tembakan ke arah rumah bekas kekasihnya itu di Taman Megah, Sungai Jelok semalam.

Memetik sumber laporan Kosmo! dan myMetro, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 8.30 pagi, apabila suspek berusia 27 tahun pergi ke rumah itu untuk berjumpa bekas kekasihnya namun dihalang keluarga wanita itu. Ekoran hilang sabar, anggota itu melepaskan tiga das tembakan bagi menakut-nakutkan keluarga mangsa sebelum memanjat pagar dan melepaskan dua das lagi tembakan mengenai lantai rumah dan seorang lelaki iaitu adik bekas kekasih suspek yang berusia 25 tahun.

polis bantuan tembak adik dan rumah bekas kekasih di taman megah sungai jelok

Bapa mangsa, T Tholilale, 59, berkata ketika kejadian dia berada dalam bilik dan mendengar pertengkaran di luar rumahnya di Taman Megah, Kajang, disusuli bunyi tembakan. Difahamkan, mangsa, T Solomon, 25, mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Kajang oleh keluarganya. untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Suspek yang baru sebulan bertugas di Balai Polis Bandar Baru Bangi, sebelum itu dikatakan gagal memulangkan semula pistol jenis .38 Smith & Wesson di balai polis berkenaan sebaik tamat waktu kerja.


Tags: , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.