REMAJA HILANG DI ‘VILLA NABILA’ DITEMUI SELAMAT

| 19/11/2013 | 1 Comment

Alahai, kes macam ni pun ada. Kecoh seluruh Malaysia kerana ‘kehilangan’ beliau di Villa Nabila. Rupa-rupanya remaja berkenaan ‘hilang di rumah rakan’ sahaja. Sumber berita hari ini melaporkan, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang pada awalnya dilaporkan hilang selepas dikatakan masuk ke sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai iaitu Villa Nabila, sejak awal pagi Ahad lalu, ditemui selamat.

Memetik laporan BH Online, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui rakannya di Bandar Datuk Onn, dekat sini, kira-kira jam 2 pagi ini. Ibunya, Norhayati Mohamad, 39, berkata beliau dimaklumkan oleh polis mengenai penemuan anaknya itu. Difahamkan orang ramai menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai Izzat selepas berita mengenai kehilangannya dikeluarkan media massa.

budak hilang dalam villa nabila

Mangsa difahamkan bersama rakannya memasuki Villa Nabila awal pagi Ahad sebelum keluar menerusi pintu belakang dan membuat keputusan tidak pulang ke rumahnya, sebaliknya tidur di rumah rakannya. Susulan kehilangan Izzat, keluarganya membuat laporan polis dan kes itu kemudian mendapat perhatian orang ramai yang membuat tanggapan mangsa itu hilang di villa berkenaan dan kononnya `disorok’ penunggu banglo lama berkenaan.

p/s: Memang peranan ibu bapa untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Namun anak-anak juga jangan lupa untuk beritahu kemana sahaja kita mahu pergi…


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.