(VIDEO) AHMAD AMMAR AHMAD AZAM DALAM KENANGAN – AL-FATIHAH

(VIDEO) AHMAD AMMAR AHMAD AZAM DALAM KENANGAN – AL-FATIHAH

0 832
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Kisah pemergian seorang anak muda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang meninggal dunia dalam kemalangan di kota Constantinople cukup memberi kesan kepada semua orang. Sama ada yang mengenali arwah ataupun tidak. Saya sendiri sebak apabila membaca kisah anak muda ini. Bertambah sebak apabila melihat video di youtube.

Subhanallah, hebatnya anak muda ini sehingga orang ramai berebut-rebut untuk mengusung jenazahnya. Tabah hati si ayah dan ibu, tenang wajah mereka merelakan anak lelaki tunggal mereka pergi menemui penciptanya… “Apabila tiba di Malaysia, bagitahu orang lain bahawa kamu adalah ibu bagi anak yang syahid”

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam1

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akandikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

ahmad ammar shahid

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita. Al-Fatihah.

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 – 2013)

Atau anda boleh menonton video penuh di http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE

Sumber: SensasiMalaysia.Com