BONUS KAKITANGAN AWAM DIBAYAR PADA 2 JANUARI 2014?

| 03/12/2013 | 1 Comment

Ini sudah tentu satu khabar menggembirakan buat warga kakitangan awam. Ia berkenaan bonus setengah bulan gaji yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2014 yang lepas. Menurut sumber berita, pembayaran bonus berkenaan akan dibayar pada 2 Januari 2014.

Memetik kenyataan akhbar Berita Harian, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, imbuhan tahunan dibayar kepada pegawai kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional, manakala bayaran khas prestasi untuk pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi. Beliau juga berkata, pegawai yang layak menerima imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi ialah pegawai lantikan tetap, guru interim, pegawai bercuti separuh gaji dan pegawai yang bercuti tanpa gaji bukan sepanjang tahun.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh baca keratan akhbar dibawah:

bonus kakitangan awam dibayar 2 januari 2014

Artikel ini disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 30 November 2013. (Sumber)


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. khalifahmart says:

    Harap2 tahun 2014 yg penuh mencabar ni masih ada bonus untuk penjawat awam.

    Merintis Mukjizat Dan Sunnah Dalam Minuman Harian http://khalifahmart.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.