NABIL DIKECAM GARA-GARA LAWAK ‘BODOH’ DI AIM20?

NABIL DIKECAM GARA-GARA LAWAK ‘BODOH’ DI AIM20?

4 190

Nabil Ahmad, antara pelawak dan pelakon yang cukup popular di negara kita. Namun seperti biasa, hendak melawak bukannya mudah. Kadang-kadang kalau lawak tidak menjadi dia pula jadi bahan lawak. Selain itu, kalau terlebih melawak pun susah pasti akan melalut dengan pelbagai cerita. Jika lawak jenis sindiran pula akan ada yang terasa dan terguris dengannya.

Begitu juga dengan Nabil. Penampilannya selaku pengacara majlis berprestij Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20) bersama Datuk Aznil Nawawi mendapat teguran banyak pihak. Rupanya ramai yang tidak menyenangi cara Nabil berlawak pada acara kemuncak berkenaan. Tidak dinafikan ada yang memuji, dan tidak kurang juga yang mengeji. Ini kerana ada yang tidak puas hati terhadap gaya pengacaraan Nabil, yang didakwa tidak sensitif dan main sedap mulut saja saat berkata-kata.

Cara Nabil kendalikan AIM20 dikatakan tak sensitif, main sedap mulut saja?

nabil dan aznil aim20

Bukan sahaja peminat atau penonton yang mengkritik cara pengacaraan Nabil, malah ada rakan artis menganggap dirinya tidak sesuai untuk mengendalikan acara yang mengangkat martabat industri muzik tanah air. Lawaknya yang banyak mempersendakan artis lain dianggap mencemarkan prestij yang selama ini cukup sinonim dengan Anugerah Industri Muzik (AIM).

Seperti yang ammboi nyatakan sebelum ini, nak melawak bukannya mudah. Apatah lagi dalam majlis yang begitu besar begitu. Nabil juga bekerja keras untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Sebagaimana yang dinyatakan Nabil dibawah:

“Untuk mengelakkan penonton bosan, saya, Aznil dan Astro sebagai penyiar rasmi berhempas-pulas mencari idea yang menarik buat penonton” – Nabil

p/s: Sebelum ini lawak Boboi buatkan Nora Danish tersinggung, kali ini lawak dari Nabil membuatkan lebih ramai tersinggung? Harap pelawak-pelawak yang ada ambil pengajaran. Insya Allah, boleh ditambah baik pada masa akan datang. Apapun, Nabil tetap terbaik bagi ammboi…