UNGKU AZHAR, KERABAT DIRAJA YANG DIKAITKAN BAKAL SUAMI LINDA ONN – NIKAH...

UNGKU AZHAR, KERABAT DIRAJA YANG DIKAITKAN BAKAL SUAMI LINDA ONN – NIKAH 27 DISEMBER 2013?

1 535

Lepas satu persatu selebriti melangsungkan pernikahan pada bulan ini. Terbaru, penyampai radio Suria FM, Linda Onn pula mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember 2013 ini. Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

“Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini. Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah,” katanya dipetik mStar Online.

linda onn nikah

Linda diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu mengenai khabar angin pernikahannya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember depan yang akan diadakan di kampung halamannya di Johor Baharu. Pasangan itu juga dilaporkan sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam daerah itu. Linda dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menghadirinya manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur. Dia juga enggan memberitahu dari negeri manakah kerabat tersebut berasal.

linda onnBerdasarkan beberapa sumber ini adalah bakal suami Linda Onn…?

Bagaimanapun menerusi beberapa sumber media, jejaka bertuah yang menjadi pilihan Linda Onn merupakan lelaki kacak berwajah kacukan yang dikenali sebagai Ungku Azhar. Bagaimanapun difahamkan, lelaki yang berjaya mencuri hati Linda bukanlah di kalangan kerabat Johor yang rapat namun sekadar mempunyai hubungan bau-bau bacang. Ungku Azhar dikatakan memiliki perniagaan sendiri dan sedikit berumur daripada Linda.

p/s: Tak apalah dengan sesiapa pun. Asalkan Linda berkenaan dan keduanya bahagia dimasa akan datang. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin…