JOM KEMASKINI ATAU BUAT PERMOHONAN BARU SECARA ONLINE BR1M 2014

JOM KEMASKINI ATAU BUAT PERMOHONAN BARU SECARA ONLINE BR1M 2014

7 516
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 kini sudah dibuka. Bagi mereka yang sudah memohon dan berjaya mendapatkan BR1M sebelum ini, anda hanya perlu kemaskini sahaja maklumat. Kepada mereka yang baru hendak memohon, anda boleh isi borang permohonan bermula hari ini 23 Disember 2013 dan tarikh tutupnya adalah 31 Januari 2014.

Penerima sedia ada dan pemohon baru?

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.

Borang Permohonan BR1M 2014 (Online)

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN disini – BORANG ONLINE BR1M 2014

permohonan online br1m 2014

BORANG ONLINE BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2014

PANDUAN PENGISIAN BORANG BR1M 2014 ONLINE

Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
  • RM4,000 dan ke bawah.
    Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Sila kemukakan salinan:

  • MyKad bagi pemohon; dan
  • MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
  • Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Pemberian BR1M 2014:

  • Kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
  • Indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
  • Caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
  • Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

Pembayaran BR1M 2014 dan Info Lanjut:

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.