GAMBAR DAN VIDEO FENOMENA IKAN MELOMPAT KE DARAT DI LAHAD DATU

| 24/12/2013 | 1 Comment

Subhanallah, apa petanda sebenar yang berlaku di Lahad Datu? Adakah kemungkinan tsunami sebagaimana yang pernah berlaku beberapa tahun dahulu. Menurut info berita, beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi. Menurut laporan sebuah akhbar, seorang penduduk berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

ikan melompat ke darat di lahad datu

“..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat. Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut. Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut,” katanya.

fenomena ikan lompat ke darat di lahad datu sabah

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Fenomena ikan naik ke darat berlaku di Kg. Tambisan di Lahad Datu, Sabah

Adakah ia benar-benar tanda tsunami? Hanya DIA yang tahu. Ya, Allah, kau lindungilah saudara kami disana. Amin…


Tags: , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.