PENJELASAN MARION COUNTER ISU SKANDAL SUAMI – JANGAN LIBATKAN ANAK?

| 29/01/2014 | 1 Comment

Dunia selebriti, benda kecil pun boleh jadi kecoh. Kadang-kadang, kekecohan itu berpunca dari peminat dalam media sosial. Begitulah yang dialami oleh personaliti televisyen terkenal, Marion Rose Caunter Abdullah apabila terpaksa berdepan dengan gosip yang mendakwa suaminya, SM Nasarudin SM Nasimuddin mempunyai skandal dengan seorang selebriti popular tanah air.

Bagi Marion, beliau langsung tidak endahkan gosip berkenaan. Kerana baginya kepercayaan antara satu sama lain dalam hubungan suami isteri amat penting. Oleh itu, Marion menjelaskan dia percayakan suaminya dan begitu juga dengan suaminya. Bagaimanapun pengacara E! News Asia ini sambil memberitahu turut terkilan dengan sikap segelintir pihak yang memberi komen negatif di laman sosial miliknya.

marion counter

“Saya percaya dia. Orang lain boleh cakap macam-macam, namun saya percaya dengan suami saya dan begitu juga dengan dia yang mempercayai saya. Asalkan kami saling mempercayai, itu sudah memadai buat kami. Kami selalu bercakap serta berbincang bersama mengenai apa saja perkara dan apabila timbul isu ini, saya kena terima benda ini kerana ia adalah bayaran yang perlu saya bayar apabila menjadi seorang figura awam. Apapun, saya tiada masalah untuk berhadapan dengan perkara ini kerana saya akui saya seorang wanita yang kuat. Tidak dinafikan ada segelintir pengikut di laman sosial yang memberi komen negatif serta menyakitkan hati saya. Namun, apabila saya dah buat keputusan untuk membuka akaun di laman sosial, saya kena terima benda ini. Saya tak kisah mereka kutuk saya kerana sudah terbiasa sejak dari zaman persekolahan lagi. Namun, apabila ia menyentuh mengenai anak saya, saya tidak suka. Kenapa perlu ‘serang’ anak kecil yang tidak bersalah? Kadang-kadang pernah juga terlintas di hati untuk tidak berkongsi gambar anak-anak saya lagi di laman-laman sosial. Saya sedih dengan orang-orang sebegini. Kenapa mereka perlu bersedih dengan kehidupan mereka sedangkan mereka boleh buat sesuatu yang menggembirakan?,” ujar Marion dipetik dari portal GUA.

p/s: Biasalah tu, banyakkan bersabar. Rasanya ramai lagi selebriti yang kena lebih teruk…


Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. aya sofya says:

    Be strong girl….I guess this is just a ploy for those who really wanted it to happen actually. You need to be extra careful with people around you that spread negativity and very vicious rumours…Trust no one but Allah……Just a typical such low mentality women who got nothing better to do then create such Drama….

Leave a Reply

Your email address will not be published.