VIDEO PERTENGKARAN JURULATIH JDT CESAR JIMINEZ DAN JURULATIH KECERGASAN T-TEAM STEFANO IMPAGLIAZZO

VIDEO PERTENGKARAN JURULATIH JDT CESAR JIMINEZ DAN JURULATIH KECERGASAN T-TEAM STEFANO IMPAGLIAZZO

1 213

Perlawanan pusingan kedua Piala FA 2014 antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team ditangguhkan selepas wakil kelab dari Terengganu itu enggan meneruskan perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, malam tadi.

Keputusan menangguhkan perlawanan ke tarikh baru diumumkan oleh komisioner perlawanan, Zainal Mukri selepas pasukan pelawat dilaporkan enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan.

Zainal yang ditemui selepas itu berkata, pihaknya akan merujuk perlawanan berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak (FAM) sama ada untuk mengekalkan keputusan itu atau perlawanan ulangan diadakan. Bagaimanapun, mengikut peraturan FAM, sesuatu perlawanan ulangan yang terpaksa dijalankan berikutan pembatalan atau penangguhan, ia akan disambung hanya dengan baki tempohnya dan bukan lagi dimulakan daripada minit pertama. Selain itu, kedudukan jaringan dan layangan kad semasa dikekalkan manakala pasukan diwajib menurunkan barisan pemain yang sama.

Punca Perlawanan Ditangguhkan

jdt vs t-team bergaduh

Zainal berkata selepas tamat perlawanan masa pertama berlaku pertelingkahan antara jurulatih JDT, Cesar Fernando Jiminez dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo. Katanya, ketika di dalam terowong pertelingkahan terbabit mendapat campur tangan pemain kedua-dua pasukan hingga menyebabkan T-Team enggan meneruskan perlawanan. Zainal enggan mengulas lanjut isu berkenaan kerana belum mendapat laporan rasmi kenapa T-Team enggan meneruskan perlawanan. Oleh itu pihaknya akan mendapatkan alasan rasmi daripada mereka.

Punca Pergaduhan?

Ia sebenarnya masih dalam siasatan dan ammboi tidak pasti mengenai apa sebenarnya yang telah berlaku. Namun menerusi beberapa page milik penyokong pasukan Terengganu, mereka menyatakan ia bermula dari insiden pergaduhan antara pemain dan berlarutan kepada jurulatih. Apapun kita tunggu info lanjut dari FAM. Diharap isu ini segera disiasat dan diselesaikan secepat mungkin.

punca pergaduhan jdt vs t-team piala fa 2014

Video Punca Perlawanan JDT vs T Team Terpaksa Ditangguhkan – Piala FA 2014