MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

PUNCA GURU MENGAMUK DAN BELASAH EMPAT PELAJAR DI SETIAWAN?

| Feb 15, 2014

Kecoh juga semalam dengan berita guru mengamuk dan belasah empat pelajar di Setiawan. Takkan hanya kerana pelajar berkenaan tidak bawa buku sampai kena belasah hingga berdarah. Ada juga yang komen membela guru itu kerana bagi mereka mungkin ada ‘sesuatu’ dilakukan oleh pelajar hingga menimbulkan kemarahannya.

Menerusi laporan berita hari ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengarahkan guru berkenaan direhatkan selama seminggu sehingga 19 Februari 2014. Pihaknya juga mendedahkan hasil siasatan awal mereka berkaitan guru tersebut. Berdasarkan laporan pihak sekolah guru itu dipercayai mengalami tekanan di samping masalah mental dan mereka telah mengarahkan guru lelaki itu menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Manjung. Ini kerana tindakannya mencederakan empat pelajar itu dilihat tidak normal berbanding hukuman rotan yang dianggap biasa. Selain itu, guru berkenaan juga pernah terlibat dalam kejadian hampir sama di sekolah yang sama pada 22 Januari lepas namun ia berjaya diselesaikan secara baik dengan keluarga pelajar.

pelajar dibelasah guru di setiawan perak

Katanya selepas tempoh berkenaan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris dan komputer di sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Sitiawan itu akan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Manjung sehingga kes itu selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata pihaknya menerima laporan daripada empat pelajar berkenaan iaitu seorang pelajar Tingkatan Dua dan tiga pelajar Tingkatan Satu. Siasatan mendapati kejadian terhadap tiga pelajar Tingkatan Satu ada kaitan dengan tidak membawa buku latihan ke sekolah, manakala kejadian melibatkan seorang pelajar lagi mungkin tidak disengajakan adalah berkaitan botol air.

Beliau berkata polis telah merekodkan keterangan daripada guru berusia 34 tahun itu semalam selain mendapatkan rekod kesemua pelajar terbabit daripada pihak sekolah dan rekod guru itu daripada PPD Manjung untuk siasatan.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Haniza says:

    Guru ni memang manusia biasa tapi tindakan nya amat luar biasa..org yg bertindak mcn ni tk layak utk jadi seorang pendidik tapi layak jadi ahli gusti je krn suka bertumbuk.

  2. Zumi says:

    Perangai pelajar sekarang memang keterlauan dan melangkau kesabaran guru..guru selalu buat dono ja..tapi bila dah hilang sabar jadi macam tu la…

  3. ila says:

    Ibu bapa tolong sama2 pantau anak… lihat kerja sekolah nye siap, atau tidak… dtg mesyuarat pibg dan hari interaksi supaya tahu prestasi ank dan wujudkn hubungan dengan guru… kalau tidak pernah berada dlm institusi sekolah,..jgn menuduh guru dgn sewenangnye…guru ada KPI nya sendiri.., murid ada matlamatnye sendiri… due2 pihak harus saling memberi.., seorg guru yg rasional, tidak akn menjatuhkn hukuman sewenangnye… lihat ape pljr itu buat… kdg2, kita mrh bila seorg ank muda tk hormat kita… bygkn, guru2 terpaksa berdepan dgn ank murid yg tak hormat kita setiap hari,.. walupun peratus nye 5% sehari.. jgn pndai ckp, guru patut mendidik mereka.. ape peranan ibu bapa?…