ERRA FAZIRA JELAS PUNCA BERCERAI DENGAN ENGKU EMRAN?

| 19/02/2014 | 0 Comments

Seperti yang kita sedia maklum, selebriti popular Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin sudah sah bercerai talak satu dan lafaz cerai itu dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari semalam.

Berita penceraian Erra Fazira dan Engku Emran nyata mengejutkan banyak pihak apatah lagi pasangan ini sudah beberapa kali menafikan mengenai isu masalah rumahtangga mereka kepada pihak media.

Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya, apakah yang menjadi punca penceraian mereka dan bagaimana pula dengan hak jagaan anak tunggal mereka, Engku Aleesya?

Memetik laporan mStar Online, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu. Selain daripada itu, Erra meminta agar dia tidak lagi ditanya mengenai punca keretakan rumah tangganya.

gambar anak dan bekas suami erra fazira

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian. Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.

Selain itu, Erra juga dilaporkan tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya. Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai. “Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai.”

Ok, cukuplah berita mengenai kisah rumahtangga pasangan ini. Pada kita semua, jangan fikir yang negatif sahaja. Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan teladan. Kita manusia, tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Harap Erra dan Engku Emran serta anak mereka tabah menempuhi dugaan ini. Insya ALLAH.


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.