SYARAT, KELAYAKAN DAN BORANG PERMOHONAN ONLINE RUMAH MAMPU MILIK WILAYAH PERSEKUTUAN (RUMAHWIP)

| 24/02/2014 | 2 Comments

Warga Wilayah Persekutuan kini boleh memohon Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) secara dalam talian melalui sebuah portal rasmi yang dilancarkan bermula hari ini. Peranan portal itu adalah untuk memudahkan pihak kementerian mengumpul data pembeli dan jumlah permintaan sekali gus dapat merancang lebih banyak projek perumahan pada masa hadapan.

Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) diwujudkan untuk menggariskan hala tuju serta dijadikan asas kepada pihak berkuasa tempatan dan juga pemaju dalam merancang serta membangunkan rumah mampu milik.

permohonan online rumahwip

Sebanyak 30,000 unit rumah akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu membabitkan 20,000 unit di Kuala Lumpur, 8,000 unit di Putrajaya manakala baki 2,000 unit di Labuan. Untuk makluman anda, RUMAWIP hanya untuk pemilikan rumah pertama sahaja dan mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Pendapatan isi rumah yang layak memohon RUMAWIP adalah RM6,000 sebulan dan ke bawah.

Yang layak memohon pula adalah, warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 3 tahun. Berikut adalah jenis dan harga rumah yang ditawarkan:

RUMAHWIP

Syarat-Syarat Pemilikan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip):

syarat mohon rumah mampu milik wilayah persekutuan rumahwip

Garis Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip):

  1. Pemohon boleh mendaftar secara online disini – DAFTAR
  2. Jika anda sudah mendaftar, anda akan menerima mesej seperti ini (Tahniah! Akaun anda berjaya didaftarkan, Sila semak emel anda untuk membuat pengesahan. Jika anda tidak menerima sebarang emel dalam tempoh 24 jam sila hubungi urusetiarumawip@kwp.gov.my)
  3. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini Profil Peribadi mereka.
  4. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara online. Sila LOGIN sistem pendaftaran.
  5. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut;
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
    • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan/Surat Cerai / Sijil Kematian
    • Penyata Gaji Terbaru
    • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan
    • Salinan Bil Elektrik/Air
  6. Sekiranya permohonan LAYAK DIUNDI, maka Surat Jemputan menghadiri proses pengundian akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel. Sila semak e-mel atau Daftar Masuk sistem untuk melihat status permohonan.
  7. Sekiranya Pemohon BERJAYA dalam proses pengundian, Surat Pengesahan akan dihantar melalui e-mel kepada Pemohon.
  8. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada PEMAJU yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pihak Pemohon akan berurusan dengan Pemaju sehingga Pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.

Mereka yang mahukan info lanjut berkenaan projek terbaru Rumahwip dan membuat permohonan secara online boleh melayari rumahwip.kwp.gov.my.

Maklumat lanjut berkenaan Rumahwip anda boleh ke sini: SOALAN LAZIM

Info lain akan ammboi kemaskini sekiranya ada. Harap maklum.


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Kenapa x boleh nak buka link daftar

Leave a Reply

Your email address will not be published.