APABILA 4 FOTO SUSU DUTCH LADY MENGANDUNGI ‘SESUATU’ YANG SANGAT MELOYAKAN TERSEBAR…

| 11/05/2014 | 1 Comment

Seorang pengguna Facebook, Nazlinda Mashtuki telah berkongsi empat keping gambar Susu Dutch Lady yang didakwanya mengandungi bendasing yang tidak sepatutnya ada. Dari gambar, dapat dilihat didalam kotak minuman tersebut ada benda yang kenyal tetapi telah mengeras.

Jika dilihat pada kotak minuman itu, tarikh luputnya 01.06.2014. Kurang dari sebulan dah tarikh luputnya. Gambar pula disebarkan semenjak 5 Mei dan telah mendapat 15 ribu SHARE dari facebook Nazlinda Mashtuki.

nazlinda mashtuki komen susu dutch lady

Menurut Nazlinda, sudah menjadi kemestiannya setiap bulan membeli 4-5 susu kotak Dutch Lady untuk keluarga kerana dia yakin kandungan susu itu yang berkhasiat. Susu yang dibeli itu pula disimpan dalam peti sejuk. Namun, perkara yang tidak disangka pula terjadi apabila salah satu kotak susu yang dibelinya itu mengandungi bendasing yang sangat meloyakan.

susu dutch lady kotor susu dutch lady mengandungi bendasing

Susu kotak itu telah dibuka sehari selepas dia membelinya dan telah disimpan di dalam peti sejuk yang bertutup rapat. Namun, setelah 4-5 hari, kotak susu berkenaan telah mengandungi bendasing yang meloyakan. Nazlinda telah menghubungi pihak Dutch Lady untuk membuat aduan, namun tidak diendahkan sangat. Jadi, jalan terakhir, dia menghebahkan perkara itu di Facebook. (Sumber)

susu dutch lady rosak susu dutch lady tercemar

p/s: Nampaknya ammboi pun kena stop juga ni buat sementara. Beri peluang kepada pihak Dutch Lady jelaskan mana yang patut. Cuma pada pendapat amatur macam ammboi, susu kotak memang akan jadi macam tu kalau ada kesilapan berlaku semasa penyimpanan dan sebagainya…

PENJELASAN DUTCH LADY MALAYSIA MENGENAI ISU SUSUNYA MENGANDUNGI BENDA MENJIJIKKAN…


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.