BELASAH INDONESIA, MALAYSIA LAYAK KE PERLAWANAN AKHIR (FINAL) PIALA THOMAS 2014

| May 23, 2014 | 1 Comment

Entah apa nak diluahkan disini. Begitu kagum dengan permainan skuad Piala Thomas negara kita, Malaysia apabila dengan bergayanya membelasah Indonesia dengan keputusan 3-0. Siapa sangka, pasukan yang pada suatu ketika tidak diletakkan sebagai pilihan mampu memberikan kejutan.

Sebentar tadi, Chong Wei Feng memberikan mata kemenangan buat Malaysia setelah menewaskan Hayom Rumbaka dengan keputusan 21-10 dan 21-17. Dapat dilihat dari raut wajah Rumbaka yang mungkin terkejut dengan prestasi mantap Chong Wei Feng.

Sebelum itu, pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei memberikan mata pertama dengan mengalahkan Tommy Sugiarto, 21-19, 21-13. Kemudian beregu Tan Boon Heong / Hoon Thien How mendapatkan mata kedua setelah menewaskan Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan, 21-19, 8-21, 23-21.

malaysia vs indonesia piala thomas 2014

Dengan kemenangan ini, Malaysia akan bertemu Jepun untuk perlawanan akhir Piala Thomas 2014. Jepun sebelum ini berjaya mengejutkan juara bertahan, China dengan keputusan 3-0 dan berjaya mara ke final buat kali pertama.

Video Highlights Separuh Akhir Piala Thomas Malaysia vs Indonesia (3-0) 23 Mei 2014:

Perlawanan Malaysia dan Jepun dijadualkan berlangsung pada 5.30 petang (waktu Malaysia), Ahad ini, 25 Mei 2014.

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2014


Tags: , , , , , , ,

Category: BADMINTON

Leave a Reply

Your email address will not be published.