SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS: MALAYSIA VS INDONESIA 23 MEI 2014

| 23/05/2014 | 1 Comment

Tahniah diucapkan kepada skuad badminton Piala Thomas negara apabila berjaya mengalahkan Denmark 3-1 di peringkat suku akhir sebentar tadi di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, India. Kemenangan yang cukup bermakna dikala ramai tidak menyakini kemampuan mereka.  Mata kemenangan Malaysia diperoleh menerusi Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng dan beregu Goh V Shem/Tan Wee Kiong.

Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mengambil masa 62 minit untuk menyumbang mata pertama apabila menumpaskan Jan O Jorgensen 20-22, 21-14 dan 21-17. Bagaimanapun, Denmark menyamakan kedudukan apabila beregu utama negara Tan Boon Heong/Hoon Thien How kalah kepada pasangan Mads Pieler Kolding/Mads Conrad Petersen dalam straight set 14-21 dan 18-21.

Pemain perseorangan kedua Chong Wei Feng menghidupkan peluang Malaysia selepas mengetepikan cabaran Hans Kristian Vigtinghus 19-21, 21-14, 21-18 dalam pertarungan selama 56 minit. Beregu kedua negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong memberi mata kemenangan kepada skuad negara apabila menumpaskan Carsten Mogensen/Joachim Fisher dalam straight set 21-19, 21-13 dalam pertarungan selama 37 minit.

Pada peringkat separuh akhir, Malaysia akan menentang Indonesia manakala China dijadualkan bertemu Jepun pada perlawanan yang akan berlangsung pada 23 Mei 2014. Perlawanan China vs Jepun akan berlangsung pada jam 12.00pm manakala Malaysia vs Indonesia akan bermula pada jam 6.00pm (8.30 malam waktu Malaysia).

Pertemuan Malaysia dengan Indonesia sudah tentu amat dinantikan oleh peminat sukan badminton. Diharap skuad Piala Thomas Malaysia mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan dan memperoleh mata berharga untuk mara ke final.

lee chong wei thomas cup 2014

Jadual penuh saingan separuh akhir Piala Thomas 2014 adalah sebagaimana dibawah:

JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2014

23 MEI 2014 | 12.00 PM | CHINA VS JEPUN

23 MEI 2014 | 06.00 PM | MALAYSIA VS INDONESIA

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2014


Tags: , , , , ,

Category: BADMINTON

Leave a Reply

Your email address will not be published.