FINAL PIALA THOMAS 2014: RAYUAN TERBUKA KHAIRY JAMALUDDIN (KJ) KEPADA ASTRO

| May 24, 2014 | 1 Comment

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ), membuat rayuan terbuka melalui laman sosial Facebook beliau supaya perlawanan akhir (final) Piala Thomas 2014 dapat disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut beliau, hak siaran tersebut perlu dikurangkan atau dihadiahkan kepada rakyat Malaysia menerusi RTM kerana terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang masih tidak melanggan Astro.

Interview session with Khairy Jamaluddin on his thoughts on young people in politics. IZZRAFIQ ALIAS / The Star.

Rayuan KJ adalah sebagaimana dibawah:

Siaran langsung final Piala Thomas – Rayuan kepada ASTRO

Semalam menerusi akaun Twitter saya, saya telah umumkan bahawa Menteri Komunikasi & Multimedia setuju untuk siarkan final Piala Thomas melalui RTM. Sebagai bekas Menteri Sukan, Dato’ Sri Shabery amat memahami jiwa rakyat jelata pencinta sukan, ramai yang tiada akaun ASTRO.

Apabila disemak dengan pihak ASTRO, mereka memaklumkan pada DS Shabery bahawa kos yang perlu dibayar oleh RTM sekiranya mahu hak penyiaran dari ASTRO untuk final Thomas Cup adalah RM 4 juta (ada yang kata RM 2.5 juta). Saya difahamkan bajet penyiaran RTM tidak cukup untuk bayar ASTRO sebab kebanyakkan bajet penyiaran sudah dibelanjakan untuk hak siaran Piala Dunia Bola Sepak. Jadi setelah disemak DS Shabery mengesahkan RTM sudah tiada peruntukan untuk membeli hak siaran Piala Thomas dari ASTRO.

Selaku Menteri Sukan saya ingin buat rayuan terbuka kepada ASTRO, bagi seluruh pencinta sukan tanahair, agar dikurangkan atau dihadiahkan terus hak siaran tersebut kepada rakyat Malaysia menerusi RTM. Bukan selalu kita masuk final Piala Thomas. Kali terakhir 12 tahun lepas. Dan kali terakhir kita menang 22 tahun yang lepas. Siaran perlawanan akhir esok harus dibawa kepada seluruh rakyat menerusi rancangan percuma.

Mungkin pelik saya buat rayuan terbuka. Mungkin akan ada yang komen, Menteri cakap lah sahaja senyap2 dekat ASTRO tak yah fofular. Tetapi pendirian mereka sejak semalam tegas, bayar RM4 juta untuk hak siaran. Jadi saya terpaksa buat rayuan ini. Saya mohon rakan2 bersama merayu ASTRO untuk hadiahkan hak siaran kepada rakyat jelata. Mohon rakan2 dapat share post ini dan sama2 merayu dalam FB, Twitter dan lain2 saluran media sosial. Please, let Malaysians from all walks of life watch this final.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan bahawa RTM tidak menyiarkan siaran langsung Piala Thomas peringkat separuh akhir malam tadi kerana hak penyiaran diperoleh sebuah syarikat televisyen swasta. Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas ialah pada 1992 di Kuala Lumpur manakala kali terakhir layak ke perlawanan akhir ialah ketika di Guangzhou pada 2002 dan tewas 2-3 kepada Indonesia.

p/s: Harap rayuan dari KJ sebagai seorang menteri ini diberi perhatian oleh Astro. Dapatlah yang tiada siaran Astro sama-sama menonton perlawanan akhir Piala Thomas 2014. Lagi ramai yang menonton, lagi ramai yang mendoakan kejayaan skuad Piala Thomas kita.


Tags: , , , , , , ,

Category: BADMINTON

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. aku says:

    menteri rayu pada company …giler aa malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.