KALAHKAN MALAYSIA, JEPUN JUARA PIALA THOMAS 2014

| May 25, 2014 | 0 Comments

Jepun bergelar juara Piala Thomas 2014 selepas menewaskan Malaysia 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, India sebentar tadi. Mata kemenangan diraih pemain perseorangan ketiganya, Takuma Ueda yang menewaskan Liew Daren 21-12, 18-21, 21-17.

Terdahulu, Datuk Lee Chong Wei meletakkan Malaysia di depan selepas menewaskan pemain perseorangan pertama Jepun, Kenichi Tago 21-12, 21-16. Jepun menyamakan kedudukan apabila pasangan pertamanya, Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo menewaskan pasangan negara, Tan Boon Heong/Hoon Thien How, 11-21, 21-17, 21-19.

Jepun kemudian mendahului 2-1 apabila pemain perseorangan keduanya, Kento Momota menewaskan pemain negara, Chong Wei Feng 21-15, 21-17. Pasangan kedua negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong menyamakan kedudukan 2-12 apabila menewaskan Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12.

japan win thomas cup 2014

Walaupun kalah, skuad Piala Thomas Malaysia sudah memberikan aksi terbaik sepanjang perlawanan berlangsung.


Tags: , , , , , ,

Category: BADMINTON

Leave a Reply

Your email address will not be published.