KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR (FINAL) PIALA THOMAS MALAYSIA VS JEPUN 25 MEI 2014

| May 25, 2014 | 0 Comments

Boleh dikatakan semua peminat badminton berdebar menantikan keputusan perlawanan akhir badminton Piala Thomas 2014 antara Malaysia lawan Jepun. Perlawanan final ini mungkin memberi tekanan yang cukup kuat buat pasukan negara kerana mereka hanya berdepan pasukan yang dianggap mudah setelah ketiadaan China.

Namun jangan lupa, China disingkirkan oleh Jepun. Tidak kiralah kerana tersilap strategi atau sebagainya, kehebatan Jepun jangan diperlekehkan. Skuad Piala Thomas Malaysia wajar berhati-hati dengan Jepun dan berikan aksi terbaik untuk mata kemenangan pasukan.

Perlawanan final Piala Thomas 2014, Malaysia vs Jepun dijadualkan bermula pada jam 5.30 petang. Seperti yang kita maklum, adanya siaran langsung menerusi Astro Arena 801 dan juga TV1. Bagi mereka yang mahu menonton secara online live streaming final Piala Thomas 2014 anda boleh ke sini: SIARAN LANGSUNG DAN LIVE STREAMING PERLAWANAN AKHIR (FINAL) PIALA THOMAS MALAYSIA VS JEPUN 25 MEI 2014

lee chong wei final thomas cup 2014

Dibawah ammboi akan update keputusan semasa dan terkini perlawanan untuk mereka yang tidak berkesempatan menontonnya secara live di tv mahupun internet.

KEPUTUSAN FINAL PIALA THOMAS MALAYSIA VS JEPUN 25 MEI 2014

MALAYSIA     2   –   3     JEPUN

Chong Wei LEE – Kenichi TAGO | 21-12, 21-16

Boon Heong TAN/Thien How HOON – Kenichi HAYAKAWA/Hiroyuki ENDO | 21-12, 17-21, 19-21

Wei Feng CHONG – Kento MOMOTA| 15-21, 17-21

V Shem GOH/Wee Kiong TAN – Keigo SONODA/Takeshi KAMURA| 19-21, 21-17, 21-12

Daren LIEW – Takuma UEDA| 12-21, 21-18, 17-21

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

JEPUN JUARA PIALA THOMAS 2014


Tags: , , , , , , ,

Category: BADMINTON

Leave a Reply

Your email address will not be published.