GAMBAR COMEL DATUK SITI NURHALIZA BERSAMA CUCUNYA AYDEN (10 FOTO)

| 21/07/2014 | 1 Comment

Fuh, rasanya sudah agak lama ammboi tak berkongsi foto Datuk Siti Nurhaliza. Yang last hari tu pun rasanya foto Datuk Siti dengan Zizan buat muka cute. Tak cemburu ke Datuk K dan Emma Maembong dengan gelagat Datuk Siti dan Zizan. Dok mengharap dan tunggu juga foto cute Datuk K dengan Emma Maembong, namun tak muncul-muncul pulak. Hahaha…

Baiklah, kali ini ammboi nak share gambar comel Datuk Siti Nurhaliza bersama cucunya (ni ada orang akan sinis ni, sebab katanya cucu tiri), Ayden. Untuk info anda, Ayden ini merupakan cucu sulung Datuk K hasil perkongsian hidup anak sulungnya Anas Zawawi dengan Nasha Alyssa yang merupakan anak perempuan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Anas Zawawi dan Nasha Alyssa telah melangsungkan pernikahan pada Disember 2012 dan Ayden ni dilahirkan pada Disember 2013 lalu. Kini usia Ayden mungkin sekitar 6 bulan lebih-lebih la kot. Comelkan gelagat Datuk Siti dan Ayden. Disertakan juga foto Datuk K menyusukan cucunya itu.

cucu siti nurhaliza yang comel

ayden cucu siti nurhaliza cucu siti nurhaliza siti nurhaliza dan cucu ayden cucu datuk k suami siti

Tidak dinafikan, ramai peminat Datuk Siti tidak sabar menantikan cahaya mata sulung Datuk Siti. Apapun nak buat macam mana, belum ada rezeki lagi. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat pasangan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN, LENSA SELEBRITI

Leave a Reply

Your email address will not be published.