3 FOTO RAYA: AMY SEARCH DAN NABILA HUDA SUDAH BERDAMAI

| 29/07/2014 | 0 Comments

Alhamdulillah, nampaknya ketibaan Syawal ini memberi sinar kebahagiaan kepada keluarga penyanyi rock lagenda negara, Amy Search dan Nabila Huda. Kalau sebelum ini hubungan Amy Search dan anaknya yang juga pelakon yang dikenali juga dengan panggilan Abil itu nampak seperti agak berantakan namun keberkatan Ramadan dan Syawal ini telah berjaya memulihkan kembali hubungan bapa dan anak itu.

Tak perlulah kita ungkit apa yang telah berlaku, cukuplah jika kita tumpang gembira dengan kebahagiaan mereka. Menerusi laman sosial Instagram milik Amy Search, beliau telah memuatnaik beberapa foto sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarganya. Kelihatan Nabila juga ada bersama. Selain menyambut hari raya, ahli keluarga Amy turut menyambut hari kelahiran ke 56 penyanyi rock itu.

Ini antara catatan Amy Search:

Alhmdulillah … Ya Allah Kau makbulkan rintihan ku. Aku sngt bahagia. Moga trus bahagia hingga ke jannah. Aameen YRA..

Jom kita lihat pula beberapa foto dibawah yang dikongsikan oleh Amy:

amy search dan nabia huda 2014keluarga amy search 2014nabila huda dan amy search 2014

Selamat hari raya dan selamat hari lahir untuk Amy Search.


Tags: , , , ,

Category: HIBURAN, LENSA SELEBRITI

Leave a Reply

Your email address will not be published.