BAJET 2015: CUEPACS CADANG BONUS DUA BULAN UNTUK PENJAWAT AWAM

| 11/08/2014 | 0 Comments

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mempertimbangkan bonus dua bulan untuk penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2015. Presidennya Azih Muda berkata, cadangan itu dibuat selepas melihat perkembangan ekonomi negara yang semakin baik selain bagi menghargai sumbangan penjawat awam dalam memacu perkembangan itu.

“Ketika ini ekonomi negara menunjukkan perkembangan positif dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meningkat lebih lima peratus dan ada kemungkinan sekiranya ekonomi negara tidak menyusut dalam tempoh enam bulan, kita rasa momentumnya akan terus meningkat. Dan sudah tentu pemacu kepada keberkesanan ekonomi ini dimulai oleh penjawat awam. Permintaan ini (bonus dua bulan) tidaklah melampau. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pun membayar (bonus) lebih kepada pekerja dan ada yang lebih enam bulan,” katanya dipetik laporan myMetro mengenai permohonan Cuepacs pada Bajet 2015.

Menerusi petikan kenyataan diatas, Cuepacs cadang bonus dua bulan untuk penjawat awam untuk pembentangan bajet bagi tahun 2015. Fuh, dua bulan terus Cuepacs minta. Berdasarkan dengan keadaan semasa sekarang, adakah permintaan Cuepacs ini akan diberi perhatian? Jika ikut pengalaman, memang agak susah nak dapat. Apapun semuanya terpulanglah kepada majikan penjawat awam kan…

bonus penjawat awam kakitangan kerajaan 2015

Bajet 2015 sudah tentu dinantikan ramai bukan sahaja penjawat awam. Semua sudah tentu mengharapkan yang terbaik dari perancangan belanjawan 2015 ini. Apapun, tahniah tetap diberikan untuk usaha Cuepacs. Sama-sama juga doakan usaha mereka dipermudahkan Nya. Insya Allah.


Tags: , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.