PENJELASAN PERODUA ISU GANDAR TAYAR BELAKANG ALZA DAN MYVI DIDAKWA MUDAH TERCABUT

| 15/10/2014 | 1 Comment

Kecoh baru-baru ini dengan penyebaran beberapa gambar dan kenyataan di laman sosial yang menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada dengan masalah gandar belakang kereta Perodua yang mudah tercabut walaupun kereta berkenaan adalah kereta baru. Kenyataan berkenaan adalah sebagaimana dibawah:

“Beberapa keping gambar tersebar di laman sosial menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada. Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)…sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya pada kualiti kereta anda.”=

Penjelasan Perodua isu gandar tayar belakang Alza dan Myvi didakwa mudah tercabut – Oleh itu, menerusi sumber berita hari ini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tampil menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

“Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

penjelasan perodua isu gandar tayar belakang alza dan myvi didakwa mudah tercabut

Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel,” katanya.

Pada ammboi, penjelasan yang diberikan oleh pihak Perodua bagaikan tidak menafikan masalah berkenaan. Hanya kerana berlaku pelanggaran sampai boleh tercabut gandar tayar belakang, masalah itu tetap nampak agak kronik. Sudah pasti berkait dengan kualiti juga kan? Lagipun ada pengguna mendakwa dia juga pernah mengalami masalah yang sama.


Tags: , , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Enche Mat says:

    Isu axle ni, vw pun pernah jadi 3 tahun lepas. Depa recall balik keluaran utk inspection semula dan mengambil semua tindakan² yg sewajarnya. Tak cakap byk. Klu boleh sykt otomobil kita pun begitu lah. Saya tak kondem ni, cuma pandangan. Yg baik dari DIA, yg kurang tu dari lemahnya saya

Leave a Reply

Your email address will not be published.