PELAJAR HILANG KETIKA MARATHON AHMAD RAFIKIN AZMAN BELUM DITEMUI

| 03/11/2014 | 1 Comment

Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Ahmad Rafikin Azman, 16, dilaporkan hilang selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton di Sekayu, Kuala Berang pada Sabtu lepas. [KEMASKINI – HARI INI HARI KEEMPAT]

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, Ahmad Rafikin tidak menyelesaikan acara maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Ohtman, 50, membuat laporan polis pada kira-kira 6 petang.

Katanya, Azman sebelum itu memaklumkan pihak penganjur apabila dia tidak dapat menemui Ahmad Rafikin yang akan diambilnya pada pukul 3 petang selepas perlumbaan itu. Kesemua 32 peserta yang lain telah tiba ketika itu.

TR02_021114_PELAJAR

Selepas menunggu beberapa lama, Azman yang juga Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), membuat laporan polis. Operasi mencari dilancarkan oleh 42 anggota terdiri daripada anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela serta penduduk kampung setempat.

Masuk hari ketiga, pelajar hilang ketika marathon Ahmad Rafikin Azman belum ditemui – Ini adalah petikan dari laman Facebook Underlake Terengganu dua jam lepas. Mereka memaklumkan operasi SAR masih giat dijalankan di lokasi berkenaan:

Search And Rescue (SAR) : Gajah Terom International Challenge.
Hari ke-3 (Isnin / 3 november) 

Apa yang berlaku adalah kehendak Allah S.W.T
Mari kita doakan agar proses pencarian ini dipermudahkan. Moga keluarga adik AHMAD RAFIKIN BIN AZMAN diberi kekuatan menghadapi dugaan dan ujian ini dengan tabah. Kejadian ini bukan meresahkan hati mereka terlibat tetapi seluruh rakyat Malaysia terutama pengiat outdoor. “Keselamatan adalah tanggungjawab bersama.”

Para penyelamat dan pencari, kita doakan mereka diberikan kekuatan dalam meneruskan operasi ini agak bertemu dengan petunjuk-petunjuk bagi menjejaki mangsa. Pasukan penyelamat terdiri daripada Bomba, JPAM, Polis, Sukarelawan dan penduduk kampung. 

Gunung Gajah Terom terletak di hutan lipur Sekayu, Hulu Trg. Bhagian Barat gunung adalah kawasan Hutan Simpan Tasik Kenyir dan Selatan gunung pula kawasan hutan Belukar Bukit. Bahagian Timur merupakan kawsan perkampungan dan dusun/ ladang sawit. Kawasan hutan lipur tersebut mempunyai banyak anak sungai / denai. (Info Kawasan)

Kami dari Komuniti ini dan sesiapa sahaja, lakukan lah apa sahaja kita mampu seperti Solat Hajat atau Doa, agak Allah S.W.T membuka jalan keluar dan diberikan petunjuk kepada adik AHMAD RAFIKIN dan mereka yang terlibat dalam SAR. 

ALLAHUAKBAR!!!

Sementara itu, urusetia perlumbaan itu, Mohd Rafi Kori berkata Ahmad Rafikin hanya melalui pusat pemeriksaan pertama trek perlumbaan itu tetapi tidak kelihatan sehinggalah ke garisan penamat dalam kategori junior 12 kilometer yang disertainya.

Acara marathon itu disertai 540 peserta pelbagai peringkat umur bermula pada pukul 8.15 pagi. Perlumbaan itu dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.


Tags: , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Semoga adik Rafikin Azman dapat ditemui dengan selamat..aminnnnn

Leave a Reply

Your email address will not be published.