PELAJAR HILANG KETIKA MARATHON AHMAD RAFIKIN AZMAN DITEMUI MATI

| 04/11/2014 | 1 Comment

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎) | Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Pelajar hilang ketika marathon Ahmad Rafikin Azman ditemui mati – Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan. Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

OPERASI CARI BUDAK HILANG / TERENGGANU

Menurut sumber berita, sehingga kini punca kematian arwah masih dalam siasatan pihak berkuasa. Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga mangsa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

::AL-FATIHAH::


Tags: , , , , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. lia natasha says:

    Takziah

Leave a Reply

Your email address will not be published.