BERITA PALSU GAMBAR ARWAH AHMAD RAFIQIN DITEMUI DALAM KEADAAN DUDUK DICELAH BATU

| 05/11/2014 | 1 Comment

Jenazah Allahyarham Ahmad Rafikin Azman telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Pusara Kuala Berang. Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ini ditemui mati kira-kira jam 6.35 petang semalam. Ahmad Rafikin ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan.

Berita palsu gambar arwah Ahmad Rafiqin ditemui dalam keadaan duduk dicelah batu – Kami di ammboi.com mohon agar beberapa pihak hentikan penyebaran cerita palsu mengenai penemuan mayat arwah adik Ahmad Rafiqin. Ini kerana ada beberapa pihak yang menyebarkan gambar arwah ditemui dalam keadaan duduk dicelah batu. Pada pengetahuan pihak kami, itu bukan gambar arwah.

gambar palsu arwah ahmad rafiqin ditemui dalam keadaan duduk dicelah batu

Berdasarkan sumber berita, baju terakhir yang dipakai oleh arwah adalah berwarna hitam dan bukannnya sebagaimana daklam gambar tersebut. Ini adalah gambar terakhir arwah Ahmad Rafikin Azman dipercayai dirakam oleh salah seorang daripada pihak urusetia di awal perlumbaan acara Larian Antarabangsa Gunung Gajah Terom di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu pada Sabtu lalu.

Foto Terakhir Arwah Ahmad Rafikin Ditemui Meninggal Dunia

Menurut ibu saudara arwah, anak saudaranya itu merupakan seorang yang gemarkan aktiviti lasak dan penyertaannya dalam acara berkenaan telah dimaklumkan kepada ibu bapa dan keluarga. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. [sumber: terengganutimes.com]


Tags: , , , , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. miera says:

    al fatihah buat Arwah Rafiqin..semoga beliau ditempatkan di kalangan org2 yang beriman

Leave a Reply

Your email address will not be published.