4 GAMBAR NELAYAN JUMPA MAYAT LELAKI BERTATU DISANGKA IKAN BESAR DI BESUT

| 11/11/2014 | 0 Comments

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemancing yang hilang ketika keluar memancing di laut Khamis lalu gempar apabila satu mayat ditemui terapung kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Susu Dara dekat Pulau Perhentian semalam.

Penemuan mayat itu melegakan semua pihak termasuk mereka yang terlibat dalam operasi mencari juga waris Ali Majid, 59, selepas lima hari operasi dilakukan. Berita penemuan mayat tersebut menyebabkan waris mangsa dan orang ramai bergegas ke Jeti Pelancongan Kuala Besut untuk menunggu.

Suasana pilu menyelubungi di kawasan jeti apabila ahli keluarga mangsa ada yang tidak dapat menahan kesedihan termasuk isteri mangsa Hasnah Mat, 52 dan anak-anak. Berita penemuan mayat tersebut diketahui ketika jemaah menunaikan solat hajat khusus untuk pencarian Ali di tepi pantai Kampung Pengkalan Atap berdekatan rumah mangsa.

Majlis solat hajat itu anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Besut yang turut dihadiri Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. Namun tidak lama kemudian, berita penemuan mayat itu menghampakan semua pihak apabila didapati mayat yang ditemui bukan Ali.

Jumpa Mayat Lelaki Bertatu

Jumpa mayat lelaki bertatu disangka ikan besar di Besut – Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah yang ditemui di Kuala Besut mengesahkan mayat yang ditemui kira-kira jam 2 petang semalam bukan Ali.

Menurutnya, mayat tersebut telah ditemui oleh nelayan bot pukat tunda dari Kuala Terengganu kira-kira 10 batu nautika selepas Pulau Susu Dara sebelum diserahkan kepada Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (Maritim).

NELAYAN JUMPA MAYAT LELAKI BERTATU DISANGKA IKAN BESAR DI BESUT

“Berdasarkan keadaan mayat yang mempunyai kesan tatu pada beberapa bahagian anggota badan termasuk pengecaman yang dibuat anak lelaki mangsa mengesahkan mayat tersebut bukan Ali, sebaliknya dipercayai warga asing. Mayat dipercayai lelaki itu dianggarkan telah mati kira-kira seminggu berdasarkan keadaan mayat dan punca kematian yang belum diketahui,” katanya yang juga Ketua Operasi SAR.

GAMBAR NELAYAN JUMPA MAYAT LELAKI BERTATU DISANGKA IKAN BESAR DI BESUTmaaf, semua gambar terpaksa blur takut ada yang hilang selera makan… huhu

Bot nelayan berkenaan yang menyangka mendapat ikan besar terkejut apabila pukat jerut yang dipasang mereka terkena mayat ketika melabuhkan hasil tangkapan mereka. Mayat tersebut sudah hampir reput itu belum dikenal pasti identitinya dan perkara ini akan mendapat pengesahan pihak berwajib. Mayat tersebut di bawa ke Jeti APMM di Tok Bali, Pasir Putih Kelantan sebelum dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tengku Anis, Pasir Putih, Kelantan untuk bedah siasat.

Beliau berkata, berikutan itu usaha mencari dan menyelamat pemancing terbabit akan diteruskan. [Sinar Harian]


Tags: , , , , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.